hi, sy nak tanya dan minta pendapat dgn mommy2 yg berpengalaman. sekarang sy tengah mengandung 7 minggu dan kerap letih semasa kerja. sy bekerja shift dan perlu banyak berjalan (customer service) dan sekarang sy diberi shift pagi 7am-6pm,7am-3pm&10am-6pm dan hanya duduk cashier untuk stabilkan kandungan dalam sebulan (as what my bos say) sebab sy ada bleeding minggu lepas disebabkan terlalu aktif dan banyak berjalan semasa kerja shift malam dan dalam seminggu sy hanya cuti sehari.
Sekarang ni sy rasa lagi letih semasa kerja pagi dan dduk sahaja dekat cashier. sy kerap nak tertidur semasa kerja hingga sy rasa terseksa sangat. sebelum ni sy pernah mengalami keguguran pada 2020(10 weeks) utk first pregnancy and this is my second experience . sy keguguran disebabkan stress di previous tempat kerja. dengan environment yg toxic dan sy juga mempunyai depression sehingga sy meroyan selepas keguguran.
So selepas ada bleeding last week, sy sangat trauma dan nangis non stop terus ke emergency. emosi sy tak stabil. Doc diagnos with a threatened miscarriage means high risk pregnancy.
Persoalan sy sekarang, adakah sy patut berhenti bekerja untuk menjaga kestabilan emosi, mental , diri sendiri dan juga kandungan sy? sy dua hati nak resign ke tak atas faktor simpanan sendiri tak mencukupi dan kesihatan sendiri dan kandungan. please help me bagi suggestion . thankyou🙏🏻#pleasehelp
Tiqah Aziz