Pengalaman Induce Anak Pertama (Boy) Sebab Air Ketuban Kurang

Sy nak share utk bakal ibu yang first time mcm saya. Sy beranak awal seminggu sebab air ketuban drop 4cm sahaja. Doc admit wad dan induce pil. Induce pertama, rs sakit period pain level biasa, boleh lagi duduk berjalan makan semua. Bukaan masa tu 1cm je. Malam tiba2 sakit induce hilang. Induce kedua, start sakit pinggang tapi masih boleh tahan. Bukaan 2cm je sampai ke petang. Doc masukkan induce ketiga dan tanya sama ada sy nak czer tak kalau gagal. Sy setuju je sbb emosi dah tak stabil warded lama. Induce ketiga start rs contraction pain beberapa jam kemudian sampai tak boleh bangun. Sakit on off, doc bg painkiller (take note ubat bg kesan mengantuk dkt baby juga) yg buat sy mengantuk tp sakit tak hilang pun lagi seksa dgn tali ctg dkt perut merimaskan (utk monitor jantung baby). Pkl 10 malam, sy tekan bell sbb sakit yg sangat dasyat, rs nak berpisah pinggang dgn badan. Doc cek bukaan masih 3cm. Doc offer lagi painkiller, tapi sy tolak sebab risau bg kesan dkt baby. Sy request utk czer malam tu juga sambil meronta2 kesakitan. Doc tak nak, dia kata dia dah plan nak pecah air ketuban sy esok pagi utk beranak, dia mtk sy sabar. Ms tu rs hilang pedoman sekejap, sy dah menangis mtk czer malam tu juga dan nurse pun support decision sy sbb tgk level contraction dah tinggi sangat dan kandungan berisiko sbb air ketuban sikit. Doc pun bincang dgn doc2 lain (ada 3-4 doc ms tu). Doc cek lg bukaan, 5cm terus push to LR. Masuk LR, doc & nurse kata sll nya lama lagi nak bukaan penuh 10cm dan bg sy gas utk sedut kalau sakit. Contraction level makin tinggi, sampai patah besi katil sy goncang. Tiba2, rs mcm baby bgerak2 dlm perut nak keluar, automatik pulak kaki mengangkang 😂 Nurse kata jangan kangkang, sy kata sy betul2 nak terberak. Nurse kata takkan la cepat sangat sebab ms tu baru 10 minit sy admit LR. doc cek lg bukaan. "FULLY DILATED!!" semua lari masuk bilik dan prepare apa patut dlm ms sangat2 pantas. Sy dgr nurse kata cepat betul bukaan dia, patutla contraction level tinggi sgt. Sy separa sedar sbb dah habis tenaga, nak teran pun sempat tidur ke pengsan entah, sy rs mcm atas langit putih sampai nurse genggam tgn sy dan goncang badan sy bagi sedar. Ayat keramat "kepala baby dah nampak puan, sikit lagi" sy tarik nafas dalam2 dan teran. Alhamdulillah keluar la baby saya. Lepas baby keluar mmg hilang terus semua sakit, sakit jahit ke seluk lepas jahit pun tak rasa langsung.

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sebab tulah saya selalu tolak kalau dorang nak bagi ubat tahan sakit,masa tu bukaan baru 4 cm.Air ketuban pecah jam10 pagi,direct p hospital cek 2 cm,berapa jam kemudian cek bukaan dah 4 cm,doktor suruh pakai pad dulu sebab air ketuban leak.Time tu tak sakit lagi,sebab darah belum keluar,sekali jam5 ptg darah keluar,tak senang duduk dan baring,sebab sakit dia makin kerap,saya jalan jalan jer dalam wad tu supaya baby cepat keluar.Kali ke 3 cek bukaan masih 4 cm lepas keluar darah.Ok saya sabar lagi,jam6 lebih saya tak sabar dan tahan dah,nurse lelaki sarankan ubat tahan sakit,saya tolak,saya tak nak sebab baby akan tidur.Last last saya berdiri kat tepi kali tu cakap kat nurse lelaki saya dah tak tahan dah ni,saya suruh cek lagi,dorang cakap tak boleh cek terus nanti ada jangkitan or masalah sama baby,Saya dah tak tahan sgt.Saya meneran time berdiri di tepi katil saya.dorang ketakutan sebab saya meneran.Sekali suruh baring cek dah 8 cm.Arrr baru kelam kabut tolak masuk lb.Kita dah ada pengalaman buat cam takde pengalaman pulak.Ni masa bersalin anak no 5 lah.tulah citer dari saya.Apa apa ubat tahan sakit saya tak nak.

Baca lagi
2y ago

Hahaha