18 Balas
1) Amalkan makanan sihat 2) nak rehat tu ikut suka sis je lama mana 3) amalkan gaya hidup sihat amalan ni kena buat sepanjang hayat. 4) jgn salah paham apa doctor selalu pesan bab pantang. memang tiada pantang larang dlm pemakanan/mnuman selagi tiada alergik tp doctor tak penah suruh ibu2 mkan/mnum yg xsihat ye. sendiri yg melantak mcd lepas tu cakap doctor yg bg mkn 😂😂 tu la masalah org kita, suka ambik ilmu tak habis 🤭 5) Buat senaman kegel . beza dgn pantang zaman jepun 1) cut makanan sihat 2) baring bungkus badan sebab takut masuk angin ( zaman dulu xda ilmu xpa la,zaman la blajar sains dari skolah rendah lg klau xpaham jgak xtau la) 3)pantang segala mknan mnuman 44 hari,lepas habis tu melantak mcm tiada hari esok. . boleh cari mana2 warga emas yg masih aktif bersukan dgn yg sakit mcm2. cer tanya, siapa yg follow pantang "betul2" 🤭🤭 kita target sihat sepanjang hayat. sebab tu knpa KKM gariskan panduan pemakanan No salt No sugar utk baby, nak sihat kena mula dari awal.
sy penah keguguran 11w..memang pantang mcm org besalin.. dlm masa 30 hari je.. makan ikut btul2 berpantang. jgn mkn makanan yg berangin, sejuk2.. tetap pakai param pilis bertungku.. bertungku tu bagus sgt2. lancar je darah nifas kluar. kalau sis bekerja boleh je kerja mcm biasa tp makan tetap kne jaga. kaki kne jaga. balik rumh mlm2 time rehat boleh pakai param pilis tu semua untuk panas kn badan.. sy gugur bulan 8 2022.. ngndung semula bulan 12 2022..alhamdulillah rezeki awal..
kalau tnya org tua, wajib la berpantang, pakai stoking, takleh minum air berais, pantang jugak makan makanan berangin, pucuk paku, kubis, sy gugur 6 mggu pun pantang jugak smggu dua. sekarang mmg tak rasa kesan dia kalau tak pantang betul2, nanti dah berumur baru tau badan cepat letih. tak mcm org dlu dlu kuat je sebab jaga pemakanan apa apa pun pilihan sendiri lah
kalau ikut org tua...kena pantang dan pantang gugur selalunya lagi berat dari bersalin..tpi dah moden...ramai ja yg xpantang...sya pntang ggur 2minggu..pntang suami 100 sbb gugur blighted ovum....dh bersalin pntang 45hari..smbung pantang mnuman berais dan mknan sejuk serta suami 100hari...laksa² pntang setahun...ikut org lah....nk ikut²...xnak ikut xpayah...tu je
Sy gugur masa 5w3d, pantang seminggu je, tk blh lama sbb kerja kilang masa tu dorg bising cuti lama lama sbb sy pun bdk baru confirm masa tu. Genap sebulan gugur sy mengandung lgi, tktahu pulak dlm tempoh sebulan tu blh lekat, rupanya org kte lps gugur lgi subur. Hmmm tkleh kte apa, rezeki dah tertulis 😂 alhamdulillah skrg bby dh 5 bulan.
Alhamdulillah. rezeki awak cepat mngandung lagi. jga diri dan baby. moga dimudahkan smuanya nti 🤲
Sy gugur 8/10/2022, 6 minggu. Tak pantang sgt pun, setakat berurut and tungku kejap2 je. Makan, sy makan je apa2. Siap makan laksa 😂 Ni sy pregnant lg bulan 1 tahun ni. skrg nk msuk 3 bulan dh. Ikut badan sis la, klau rasa nak pantang, better pantang utk rehatkan diri.
Saya masa 6weeks. pantang 3 hari je. berurut, makan jamu sekali, bertungku masa berurut tu. lepastu tak ada. makan macam biasa. bersama dengan suami macam biasa. sebab saya terbiasa senggugut teruk. jadi gugur tu tak rasa sakit untuk saya.
Biasanya bawah 12w takyah pantang mcm orng branak. Skadar 2w dah ckup. Saya gugur tahun lalu juga 10w pantang 2w je tu pun mcm x pantang, cuma jaga mkan je la. Alhamdulillah bila ready nak pregnant balik trus lekat.
Ada org kata kalau nak mudah Hamil Lepas keguguran, kena berpantang betul2 mcm org bersalin. I dulu biarpun keguguran, berpantang jugak mcm org branak.
saya gugur 13w tahun lpas..pntang 2minggu..makan xboleh pnas sangat, xboleh sejuk sangat.. kena sedang2.. xboleh tungku..tahun ni tggu masa nk bersalin ja nih.
Anonymous