Normalkah bila rasa taknak anak yang dikandung?

Sy baru nak masuk 12w. Alahan agak teruk sampai keluar masuk ward. Ulang alik KK. And masalah2 lain seperti GDM. Saya hari2 nangis sebab rasa penat mental dan fizikal. Dan bila dah asyik kena cucuk drip, lagi rasa tak larat sampai ada terfikir dah taknak baby ni sebab saya rasa sakit sangat. And kadang saya terfikir saya tak sedia lagi. Saya takut nanti perut makin membesar, saya akan semakin sakit. Belum difikirkan lagi saya takut nak push waktu bersalin. Normal ke kalau rasa takut dengan semua tu?#pleasehelp #seriusnanya

29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya pun sama. Nak sangat pregnant. Tapi bila dah pregnant saya alahan teruk keluar masuk ward 3 bulan cucuk drip 30kali dah kot muntah 40-50kali sehari tak boleh makan minum. Hyperemersis gravidarum. Memang saya sakit, penat mental and fizikal sampai saya sebut ‘taknak’ berkali kali. Maksudnya saya taknak mengandung. Paling takut taknak dah mengandung lagi. Tak fikir apa dah janji taknak sakit waktu tu, alhamdulillah selepas 4 bulan saya tak alahan and enjoy pregnancy sampai 9 bulan senang bersalin. Anak pun dah 2 tahun sekarang. And guess what, saya mengandung sekarang tunggu hari je ni dah 40weeks 😊 takde alahan macam yang first. Alahan biasa je boleh lagi berdiri, masak, makan. Sis positive and sabarrrr. Sekejap je berakhir nanti.

Baca lagi