Bila waktu sesuai nak pam susu eh?

Susu i mcm x bnyk cuz baby asik kurang je. Bila pam 1oz ke 2oz utk dua2 belah. Baby sebulan dah. Baby mcm x puas bila malam, dia akan mengamuk kalau susu flow nya slow. Susu ada cuma bila i picit dia sikit x dpt bnyak bila sedut. So i nak try pump tp i x tau cara betul. Before ni i pump sbb bengkak susu, sminggu lps. I baca kene rajin pump utk bnyakkan susu. Demand & supply. Tp i ade 1 kemusykilan, if i pump kosongkan breast, tiba² anak bangun & nak susu. Mcm mana? I x guna botol. Baby reject. So i pump pun i simpan je dlu susu tu. Baby suka direct feeding. Ke masa pump tu , pump sebelah je? Sblah lg utk baby standby klu dia trjaga? Bila masa seeloknya nk pump ye..? Sebelum baby menyusu ke selepas? Baby i tido paling lama pun 3jam je. Bngun menyusu & tido semula. Bende paling i risau bila da pump breast kosong, kesian baby xde susu nnti. Biasa susu akan ada semula lama x? Sbb tu i jarang pump sbb i takut susu xde. Tp bila i baca kene pump utk produce bnyak lg susu i mcm keliru dgn konsep dia. Mohon tunjuk ajar please.. Teringin nak susu bnyak2 supaya baby puas. Bila dia mengamuk x ckup susu dia akan menangis n dia x tido, kadang 2 pg - 7pg jaga. i letih & jd stress penat x ckup tido. I da susukn kiri kanan kiri kanan. Diaper da tukar, perut ok x kembung. Skrg wktu tdo i dpt 2-4jam sehari. Selebihnya dgn baby, urus anak skolah pg ptg dan kerja hakiki seharian. Suami pjj. Kadang i mmg stress, org kata x leh stress klu nk susu bnyak. Tp i xleh elak.. i penat. Skrg i ada consume air barli rebus. Tp mcm sama je.. Mohon share tips2 lain..

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis kita sama tau dulu. Sakit kepala fikir pasal nak pump bila kang pump nanti baby bangun nak susu macam mana? Haa lagi lagi dah nak dekat masuk kerja balik. At last husb suruh resign jaga baby je. Ok as far as i know and ilmu2 yg i belajar sndiri dri video2 semua tu if sis housewife jangan pump just df je rajinkan baby df if rasa xde susu pun df je baby if baby kerap df nanti dapat lah signal demand baby. The best pumping is mulut baby yg comel tu tau so kerapkan je df baby. If sis nak pump pun belajar cara power pumping. Ok pp ni better buat tngh2 malam time baby dah tidur . Makesure baby tidur tu dah last menyusu tengh malam then u kena tahan mata lah untuk buat pumping ni. Srsly benda ni memenatkan. I pun almost susu nak kering dh that time and i tanakbuat pumping i nak tidur 😂 so i consume lactation jelly terus meriah balik susu i. And btw kadang baby nangis ni bukan tak cukup susu je kadang dia nak comfort. Kalau x cukup susu sis boleh tengok dari poo dia texture and colour . Tngok baby kerap poo and shishi tak. Masa checkup baby berat naik ke turun? Btw bengkak susu jangan pump pls do marmet instead. I dulu masa baby 1-2m i buat marmet je susu lagi pekat . I dulu masa baby 1-2m mmg bagi susu every 2hours. Dah masuk 3m ni baru bagi 3jam sekali. Boleh tengok tiktok i share pasal lactation jelly boleh ikhtiar kalau nak sbb i cosume dh berkotak2 dah sbb i jenis malas nak rebus kurma merah semua tu. Also can beli from my tiktok https://vt.tiktok.com/ZSNLsahSh/

Baca lagi

Hai sis, sy still breast feed anak sampai skarang dah 12 bulan . Sy ibu bekerja since anak lahir sampai anak da 9 bulan besar. Sepanjang keje, 6 bulan pertama mmg bg exclusive fully susu badan. Nak maintan susu tu mak sy bg petua makan sayur petola, hari2 mesti wajib masak sayur petola , alhamdulillah mmg berkesan sbb masa baby umo 4 bulan susu ada drop kejap. Myb sbb da start keje n stress. Bila mkn sayur petola mmg bnyk balik n bila pegi kk, nurse mmg suggest stimulate balik. Masa breast feed jgn main phone, klw boleh dodoi2 or cakap2 dgn bby bg stimulate balik. And alhamdulilah berkesan! Sis cuba la cara ni kot berkesan. Sy hmpir bg formula juga masa susu kurang n xjd bg formula sbb anak mmg suka direct. Sampai la umo da 12 bulan, langsung xnk botol lagi2 mama dia baru resign ni😂😂 haa ni nk kne minta tips lain😂

Baca lagi

saya tak pernah pump susu. baby dah 7 bulan and masih direct feed. ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ susu badan masih ada dan mencukupi untuk baby. saya makan je apa yang saya suka janji happy. bila kita happy, tak stress, susu badan pun meriah. haha saya selalu set kan dalam minda yang baby puas menyusu. setakat ni takdalah meragam tak cukup susu. walaupun baby kerap2 nak susu or ngempeng, susu tetap ada. saya ambil makanan yang tinggi protein dan karbo untuk hasilkan susu badan. bila malam sebelum susukan baby tidur saya ambil magnesium pill, taktahu lah tapi untuk saya berkesan bagi baby tidur nyenyak waktu malam. apa apa pun ibu kena happy jangan stress. stress tu pembunuh susu badan 🥲😂 btw saya suri rumah. memang ikut demand baby, takpernah lagi pump.

Baca lagi

pada sy kalau Kita Suri rumah yg Ada masa untuk bf anak,tak perlu Pam.. Sbb bby Ada demand dia sendiri..direct feed je..suction bby lagi better dri suction Pam Tu.. mcm ank sy dulu kerap jugak menyusu. cluster feeding. tak smpai 2 jam NK nyusu lgi.. even bby sy hisap kosong pun,kejap je rasa Susu Tu refill balik. kadang Tu dia NK ngempeng je.. NK hisap je.. nnti dia kenyang Lepas sendiri.. awak boleh rasa Susu Tu refill balik, Gaya bby hisap yg Ada Susu dgn takde Susu .. kadang take time sikit..tak perlu pump pada sy.. ikut demand bby.. benda paling penting sekali jgn stress. minum air bnyk .

Baca lagi

2oz utk baby sebulan dah cukup dah. Dan suction baby power tau. so jgn rasa dia tak dapat banyak bila hisap. berapa lama dia menyusu? I think your baby nak comfort je tu aka mengempeng. baby umur sebulan mmg gitu lah gaya dia, setiap 2-3jam akan terjaga. sebab kapasiti perut dia kecik je. utk pastikan baby kenyang, kena susukan lebih kurang 20-30minit sebelah. sebab nak dapatkan hindmilk tu. hindmilk yg banyak kandungan lemak. foremilk cair

Baca lagi
1y ago

https://vt.tiktok.com/ZSNNRTY34/ boleh tengok sini utk lebih pencerahan. semoga membantu

anak saya pun sebulan . dia bknnya tk puas sis dia nk ad sesuatu dlm mulut dia untk dia hisap dan tertdo . jenis ank sya Smpai munth la sbb overfeed . saya 2 hari ank bt perngai trus saya cri pacifier trus Lena tdo sma mcm dlm pantang . saya akn bagi isap sebelah dlu betul² ksong bru saya bagi bf sebelah lgi 1 sbb sya nk dptkn susu awl ngn susu akhir to la bt ank kenyang. skrng dia 5kilo lebih da 😂

Baca lagi

Faham sis, Sebab awal2 dulu pun sy fikir mcm sis. Awal2 dah pam, bila tengok hasil dah down.. Pastu tgk hasil orang lain dah fikir lain. Lepastu stop pam. Fokus df je sebab tak bekerja. Sebelah tu tandem dengan milk collector. Sis rase ldr tak? Anak sy kalau time ldr dia marah sebab susu laju sngt.. Biasa anak sis menyusu bape jam? Cuba dekat kan jarak menyusu. Ngap 3 jam tu mcm jauh sngt utk nb.

Baca lagi

jangan risau breast tak pernah kosong.. baby menyusu + mengempeng berjam pun susu tetap sentiasa ada.. slow laju je beza dia. kering tu tak

Pump selepas breastfeed. Cuba minum marigold longan tu

TapFluencer

Banyak lah tu 2oz kalau pam masa baby ada sama kita