Bila waktu sesuai nak pam susu eh?

Susu i mcm x bnyk cuz baby asik kurang je. Bila pam 1oz ke 2oz utk dua2 belah. Baby sebulan dah. Baby mcm x puas bila malam, dia akan mengamuk kalau susu flow nya slow. Susu ada cuma bila i picit dia sikit x dpt bnyak bila sedut. So i nak try pump tp i x tau cara betul. Before ni i pump sbb bengkak susu, sminggu lps. I baca kene rajin pump utk bnyakkan susu. Demand & supply. Tp i ade 1 kemusykilan, if i pump kosongkan breast, tiba² anak bangun & nak susu. Mcm mana? I x guna botol. Baby reject. So i pump pun i simpan je dlu susu tu. Baby suka direct feeding. Ke masa pump tu , pump sebelah je? Sblah lg utk baby standby klu dia trjaga? Bila masa seeloknya nk pump ye..? Sebelum baby menyusu ke selepas? Baby i tido paling lama pun 3jam je. Bngun menyusu & tido semula. Bende paling i risau bila da pump breast kosong, kesian baby xde susu nnti. Biasa susu akan ada semula lama x? Sbb tu i jarang pump sbb i takut susu xde. Tp bila i baca kene pump utk produce bnyak lg susu i mcm keliru dgn konsep dia. Mohon tunjuk ajar please.. Teringin nak susu bnyak2 supaya baby puas. Bila dia mengamuk x ckup susu dia akan menangis n dia x tido, kadang 2 pg - 7pg jaga. i letih & jd stress penat x ckup tido. I da susukn kiri kanan kiri kanan. Diaper da tukar, perut ok x kembung. Skrg wktu tdo i dpt 2-4jam sehari. Selebihnya dgn baby, urus anak skolah pg ptg dan kerja hakiki seharian. Suami pjj. Kadang i mmg stress, org kata x leh stress klu nk susu bnyak. Tp i xleh elak.. i penat. Skrg i ada consume air barli rebus. Tp mcm sama je.. Mohon share tips2 lain..

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya tak pernah pump susu. baby dah 7 bulan and masih direct feed. ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ susu badan masih ada dan mencukupi untuk baby. saya makan je apa yang saya suka janji happy. bila kita happy, tak stress, susu badan pun meriah. haha saya selalu set kan dalam minda yang baby puas menyusu. setakat ni takdalah meragam tak cukup susu. walaupun baby kerap2 nak susu or ngempeng, susu tetap ada. saya ambil makanan yang tinggi protein dan karbo untuk hasilkan susu badan. bila malam sebelum susukan baby tidur saya ambil magnesium pill, taktahu lah tapi untuk saya berkesan bagi baby tidur nyenyak waktu malam. apa apa pun ibu kena happy jangan stress. stress tu pembunuh susu badan 🥲😂 btw saya suri rumah. memang ikut demand baby, takpernah lagi pump.

Baca lagi