37week 5days, kandungan ke 5 kali sangat merisaukan kerana tiada pembantu
Suami akan bercuti bila sya bersalin, tp kerisauan tetap membuntukan kerana belum menemui org utk membantu d rumah.. andai sya koktraksi tengah mlm merisaukan kerana ank² d rumah yang berumur 2thn, 4thn, 6thn, 13thn(oku) terpaksa ditinggalkan sebentar utk menghantar sya ke hospital. Saya akan serahkan 200% urusan rumah, anak, sekolah, makan minum, penjagaan berpantang sya kpd suami. Dia risau, saya pun risau..tengah mencari pembantu tapi rata² tiada yg nak duduk d rumah, semua nak balik hari². Mak sya tak dpt membantu sangat sbb dia baru je sembuh dri kanser payudara, banyak pantang, tak bole byk gerakan, tak bole angkat berat lebih 1kg dll..sya taknak kesihatan mak sya terjejas, sya tak bg dia tingal dgn sya walaupun dlm tempoh berpantang ni sbb sya tau ank² sya boleh tahan nakal. Nak cari pembantu dari agent agak mahal bayarannya, kami tak mampu. Ada kawan nak membantu waktu siang tp dia pun bukannya sihat sangat tiap bulan ada review masalah kesihatan. Tp stakat ni dia la yg sya mnta utk membantu mana² yg boleh. Ada tak momy² yg boleh bagi cadangan, idea, atau mungkin yg ada pengalaman mcm sya bagi tips atau cara momy mengatasi masalah yg sya hadapi skrg. Buntu ni bole buat sya stress..