βœ•

Sekadar luahan

Sorry just nak luah je. Suami saya selalu kecik hati bila saya taknak tolong sangat family dia. Saya bukan taknak tolong tapi family dia kutuk mak ayah saya di belakang saya, buat saya sakit hati. Masa hari nikah saya dan suami, takde sorang pun family dari pihak suami datang majlis. Mak ayah dan suami saya malu tapi diorang diam je. Tiap kali balik rumah mertua, saya menyampah tapi saya cuba juga hormati diorang sebagai orang tua suami saya. Saya tahu tak adil bila suami saya tak kesah pun untuk tolong family saya dan saya pula berkira. Baru baru ni saya mula buat tiktok affiliate dan alhamdulillah dapat sambutan walaupun tak banyak macam orang lain. Satu hari satu order pun dah bersyukur sangat. Suami minta tolong saya jualkan biskut raya mak mertua. Saya taknak sebenarnya tapi bersetuju juga. Bila saya dapat sampel biskut raya tu, saya yakin memang takde orang nak beli. Biskutnya terlalu biasa tapi mak mertua letak harga sama dengan biskut raya yang lebih menarik dan premium dengan alasan mahal. Saya malas nak promote sebab memang biasa sangat. Contoh orang lain letak harga RM18 30pcs biskut raya siap chocolate chip. Biskut mak mertua saya, letak harga RM20 30pcs takde chocolate chip tapi digantikan dengan buah kering je. Siapa nak beli? Lagi satu mak mertua saya ni suka judge orang tak cermin diri sendiri. Dia sibuk dengan berat anak orang lain. Siap kata lagi "mesti malas nak kasi anak makan tu yang kurus". Padahal anak orang lain tu walaupun kurus, lagi besar dari anak dia. Dia taknampak anak dia lagi kurus dari orang yang dikutuk tu. Kemudian kata kat saya "orang darah O ni bagus. Boleh derma darah kat orang lain" sambil tunjuk anak dia yang badan penuh luka dan parut eczema πŸ™„ Saya bukan judge anak dia cuma saya menyampah dengan perangai dia yang busy body dengan anak orang lain.

1 Balas

Bukan tanggungjawab awak sis. Husband awak tu, kalau mampu, apa apa dia yang kena tolong tapi makesure dia dahulukan anak isteri dia dahulu baru family nya. Apa apa sis dengan suami kena sefahaman. Cuba la berbincang cakap apa yang patut. Dia pun kena faham perasaan sis. Takboleh berat sebelah. Kalau mak mertua sis takboleh ditegur, apa apa suruh suami sis je. Tu kan mak dia. Kadang mulut orang tua memang camtu. Salah satu sebab saya malas balik kg belah husb sebab ni la. Bila bergabung ramai2 makin menjadi mulutnya, jujur saya tak tahan. Tapi berkat bersabar, husb memahami, kental juga la. Kadang mulut ni laju je lawan balik hehe. Apa apa pun semoga baik baik sahaja dan, sabar okay 🫢🏻

Terima kasih sis. Saya memang malas nak balik rumah mertua sebab perangai macamtu. Cuma saya tak berkenan asyik cari suami saya kalau diorang sendiri buat masalah. Suami saya bukan anak sulung, kenapa diorang tak cari anak sulung yang dibanggakan sangat tu? Yang tak tahan, suami saya banyak tolong diorang tapi diorang tetap juga cakap suami saya kedekut, berkira. Saya dah bagitahu suami pun dia kata "Takpelah dah takdir dia dapat mak ayah macamtu. Selagi diorang hidup, saya cuba jelah berbakti kat diorang."

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan