Stress tinggal dgn mertua time jaga anak kecik

Hi smua.. sori nk luah sikit.. korang yg stay dgn mertua,mcm mna nk kuatkn hati eh asyik kna tegur je jaga anak. Itu xkena,ini xkena,itu xboleh ini xboleh.. serius rimas gila.. dh la full housewife, hari² hadap.. anak kita cara kita, kita tahu la nk handle, asyik sibuk jer, nk buat apa pn xsenang. Mcm kita ni bodoh sgt xtahu apa. Msa pantang hri tu dduk dgn fmily sndiri ok jer fmily xkacau pn. Ni mrtua plk lebih.. stress lah mcm ni, nk bls kata balik xboleh org tua suami kita kn.. asyik pendam je, pstu mula nk badmood mmanjang.. kita ni dh la hati tisu, xkuat nk sabor,nangis je sorg² smbil marah dlm hati.. dh itu yg mampu..💆💆💆

30 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ramai yang bagi cadangan cari rumah sendiri atau duduk rumah sendiri. Bagi saya kalau sis mampu sis dan suami boleh bincang untuk cari rumah sewa. Kalau masih belum mampu untuk sewa rumah, sis ajak lah suami bincang dengan suami untuk duduk di rumah keluarga sendiri. Saya dulu pun pernah ada pengalaman duduk dengan mertua selepas kawin. Bila dapat tau je lekat, mak mertua dah kesan pantang larang petua macam-macam dah dari awal memgandung dan selepas bersalin. Semua tu buat saya jadi lagi stress dan saya pikir nanti kalau saya terus duduk sini dengan mertua pantang dengan mertua, mesti akan jadi lebih teruk. Saya pun dulu banyak makan hati dengan mertua, nak balas balik takut dikata menantu derhaka. Takut mak mertua terasa hati. Dan disebabkan nak jaga hati mertua, saya pendam dan diam dan akhirnya saya depression sendirian dah tak rasa gembira lagi masa tu. Sis, nasihat saya balik lah duduk sengan keluarga sis atau kalau mampu cari rumah sewa sendiri. Jangan biar orang lain kawal kehidupan kita tak kira siapa pun dia. Kita berhak jaga anak kita dengan cara kita sendiri sis. Kita berhak bahagia. Jangan sebab orang lain, kita rasa hilang semua tu dan tak happy lagi. Saya doakan sis dipermudahkan urusan dan dijauhkan dari sebarang perkara yang tak elok ❤️🌹

Baca lagi