13 Weeks Keluar Darah

Momy semua klau perut dah 13w tapi keluar darah mcm haid tu tandanya apa ehh? ? Risaunya saya. Keluar darah sikit2 jee hari ni dh masuk 3 hari. Tolong bagi pencerahan sikit. Saya tak tahu sgt sebb first baby. Doa yang baik-baik yaa utk saya dan baby. Semoga dipermudahkan aamiin

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, berdasarkan keterangan puan, puan mengalami pendarahan dan telah berlarutan selama 3 hari. Untuk makluman puan, pendarahan ketika hamil terutamanya selepas trimester pertama adalah sesuatu yang tidak normal. Dikhuatiri terdapat sebarang masalah dalam kandungan seperti masalah pada placenta (uri) atau masalah kepada kandungan. Oleh itu, sila rujuk diri anda ke hospital dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan.

Baca lagi

Kalau dah 3hari berturut mungkin ada yang tak kena. Terus jumpa doc dapatkan nasihat...kalau di biarkan boleh jadi sebab keguguran.semoga semuanya selamat untuk awak 💪🏻🙏🏻👼🏻...banyak kan rehat.

5y ago

Itulah saya pon rasa mcm ada yg tak kena. Takut + risau sgt! Tq doa yg baik2 😌

P hsptl...kuar sikit darah pun kena cepat p hsptl..x blh tunggu2...rasanya tiap kali oppt mesti ada kena bgtau kan?kuar darah tu x normal lg klu hari2 kuar...

Hi, mcmana sekarang? Baby awk okay? Sbb sy pun baru jd td, dah check doctor alhamdulillah baby ok, jantung ok. But still keluar darah sikit.

Pegi hospital lah. Mase checkup nurse takde bgtau ke kalau ade spotting ke bleeding ke tu tak normal? 💆

Sis kena banyak kan makan buah ngn syur tu sebelit tu sbb kalau prngt mana ada period

better pergi hsptal sis.

VIP Member

Cpt pegi hosp sis

Better pergi hospital skrg ckp darah dah 3 hari tak berhenti. Please jangan tunggu dah tu mcm tanda gugur tu.

5y ago

Baiklah. Tq respon soalan saya😌