Siapa berpantang sendiri di sini?

Sila komen, adakah anda memasak, mengemas, membasuh, dan turut menjaga anak anak yg lain bersama sewaktu anda berpantang? Sakit urat tangan dan kaki sbb sejuk? Berjalan lbh? Penat terjaga lebih sewaktu mlm dan siang?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Just sharing❤️. Saya berpantang sendiri. 2 minggu pertama berehat jer. Lepas tu baru buat kerja rumah sikit2 . Anak 5 orang. Yang 3 orang dah remaja. No 4 masih tadika. Rumah tak adelah byk kerja sgt, kain baju anak basuhkan dan keringkan siap2 waktu malam. Vacuum rumah pakai robot vacuum tu. Pinggan mangkuk sendiri makan sendiri basuh kecuali yg no 4 tu akak dia yang tolong buatkn. Gajet3 kat rumah sgt2 membantu. Hujung minggu pakat kupas bawang, lada kering then blend. Bahan mentah siap potong letak dlm t.ware. Itu cara saya. Mmg benda2 ni saya praktik dari dulu. Alhamdullilah saya tak terkejar2 nak buat semua.

Baca lagi
TapFluencer

Saya berpantang sendiri slps 2 minggu di rumah mertua. Anak pertama. Saya tak buat semua tu kecuali masak. Itupun suami dah sediakan bahan2, perkakas. Saya masak yg senang tak perlu berlamaan depan dapur. Alhamdulillah ok. Pernah buat kerja mcm dah sihat, kesannya, tempat czer rasa lain mcm, terus bedrest.

Baca lagi
2y ago

Masha allah moga sentiasa bahagia sis 🤲 amin. Saya kini berpantang masuk hari ke 30! mmg penat kadang. Sewaktu cuti baru suami akan tolong buat kerja rumah bersama. Selalunye saya terus buat sendiri sebab dia kerja dan apa yg blh saya settle saya settlekan sepenuhnye. Tp kini baru rasa keberatan😰 dok bincang dgn suami tp nak tunggu utknye mmg lambatlah kira..😀😀 dia settlekan..😀😀 hari hari saya dok uruskan dulu. Skrg ni baru terasa sukarnye bila anak bertambah