INFO ASID FOLIC

Sila ambil perhatian! . Penting pengambilan asid folic *************************** Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? . Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama. . Apa itu ASID FOLIK? Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas. . Mengapa ia PENTING? ~ Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida) ~ Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). ~ Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah. ~ Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi: * Sumbing lelangit (cleft palate) * Kecacatan pada jantung (congenital heart disease) * Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) * Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system) . Sharing is caring ♡

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Good sharing sis! Thank you.