2 Balas

Ye ada perkara lain 🤣 first doctor akan inform result awak. Then dia akan minta buat BSP. BSP nie ambil bacaan gula dalam darah, 4x sehari. Kemudian dia akan ambil darah utk buat test bacaan gula (hantar makmal) utk tengok 3 bulan lepas berapa bacaan gula kita. Kalau result pagi (puasa sebelum cucuk BSP pukul 8am) cantik and takde pen merah, BSP sebulan sekali je. Kalau merah maybe doctor akan bagi ubat and kalau takboleh control juga, cucuk insulin. Saya sangkut masa 19w, BSP 1x je sebulan sebab bacaan okay. Yg penting jgn stress cut makan sampai hypo. Itu lebih bahaya. Tips nya makan macam biasa tapi jaga portion nasi. Buat diet suku suku separuh. Portion buah yg manis pun kena jaga mcm tembikai, anggur, mata kucing. Benda nie nanti awak akan belajar time jumpa pakar pemakanan. Dia cuma tanya mcm mana habit awak makan and dia ajar portion yg betul. Thats all. Good luck for your journey 😘

bsp la tu sis.

kalau boleh,sis try baca pengalaman kawan² dlm ni,juga buat carian d internet tentang cara² cantikkan bacaan bsp. kalau gdm on diet mcm sy,doc bg peluang bersalin ikut due date. kalau gdm on ubat kena bersalin 38w,kena paksa walaupun belum masa nak bersalin. lagi teruk bila cucuk insulin bersalin 36w awal,sama ada induce atau czer. lg pun,bila cucuk insulin sy takut,sebab tu sy strict jaga diet terutama bila masa nak bsp. tp bukan bermakna masa bsp je jaga makan,hari² biasa pun kena jaga diet juga. kalau sy ada masanya sy cheat diet,tp kena tahu diri la. tak la makan mcm dulu. nak mkn manis,jamah sedikit je. badan kita akan biasa perlahan-lahan bila start diet. cukup sebulan sy dah tak ambil nasi lebih dr 1 senduk,kalau pun lauk sedap sangat ratah je lauk tu tanpa tambah nasi. minuman atau makanan manis elakkan

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan