Swab test GBS
Siapa penah buat swab test GBS bley share pengalaman? Bdarah tak time Dr buat tu? Tq
hi awak, saya dah ambik 3x sample keputihan pakai muncung itik tu. 1st sample - dekat tempat saya checkup, xde detect gbs. tapi ada bacteria lain. 3x kali pakai ubat insert dan 1x doctor bagi ubat antibiotik tapi keputihan tak hilang. saya jenis keputihan yg ada sebelah dlm dn menyebabkan kegatalan. 2nd & 3rd sample - saya pergi klinik swasta lain sbb sy xtahan gatal sgt smpi melecet. 2nd tu doctor just nk tengok keputihan byk ke tak. 3rd tu baru ambik sample. result keluar mggu lepas ada candida & +ve gbs. Doctor bagi ubat insert candida dn antibiotik. 3 mggu lagi dtg repeat check semula. masa doctor masok kan muncung itik, badan jangan mengeras. jangan tolak balik tu yg membuat kan boleh luka. badan kena lembut masa doctor masokkn. tak sakit pon.
Baca lagiBaru buat last week. Nervous jugak campur ngan malu. Hihi. Tapi fikir baby je masa tu malu tolak tepi. Keputihan tak teruk sangat pun tapi risau kalau ada gbs. Kesian baby nanti. Masa doktor seluk tu memang rasa tak selesa sikit. Tapi tak sakit pun. Sekejap je then siap. Dia cuma nak ambil sample. Lepas tu doctor akan bagi ubat insert untuk masukkan dalam vagina bagi kurangkan keputihan.
Baca lagiSaya pernah buat, tapi kat hospital serdang. Saya taktahu pun masa tu dia nak buat. Tak sakit seperti saya jangkakan. Okay lah. Time nak masuk muncung itik tu je. Terasa sikit. Tapi so far okayy.
Tak berdarah sis. Result kalau kt serdang, masatu saya kene warded, pukul 3 pagi dia amek, pukul 9 pagi saya tahu saya takde gbs semua.
tak berdarah pun dan takde rasa sakit .. yang penting masa dia masukkan muncung itik tu, kena bertenang dan relaks .. nanti masa nak bersalin, doktor akan on antibiotik dekat kita
Klu nk check kena ckp apa dgn nurse yea??sbb hari tu ada brithu tntang kputihan dgn nurse dgn doktor tpi doktor bgi ubat je.
mungkin awak boleh refer sekali lagi dkt kk sebelom pergi klinik swasta. boleh cuba bgtau kata keputihan xokay dn risau ada gbs or bacteria lain. mcm sy mmg monthly checkup dkt swasta sbb sy xboleh nak commit dgn time kk. sy boleh checkup sbtu ahd je awak.
pernah wat dkt klinik KK je.xde drh pun..lembut je dokter wat.die bkn masuk alat tu smpai ke dlm.msuk skit je
Masa masukkan muncung itik tu jgn lawan.. kalau x mmg rasa sakit.. msa swab tu rasa ngilu sikit la..