checklist barang2 ke hospital

siapa leh share list bag hospital for mum n baby . thankyou in advance

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

🤰🏼Barangan Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital🚑 . Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital , Senarai Barang Ibu Dan Bayi Sebelum Bersalin Ke Hospital , Senarai Barang Keperluan Bayi , Barang Baby Ke Labour Room , Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Beli , Keperluan Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital Semasa Bersalin , Barang Yang Perlu Di Bawa Ketika Bersalin , Persiapan Barang Baby , Barang Baby Yang Perlu Ada Masa Bersalin , Bersalin Di Hospital . . Nak pergi bersalin bukan macam nak balik kampung semua benda nak kena bawak..Bawak yang perlu sahaja..Kalau tak cukup nanti lepas bersalin time suami datang melawat boleh minta bawak lagi..Ni bawak yang asas jer...Ok aku senaraikan barangan ibu yang perlu ada waktu nak berangkat ke hospital. . Barangan Ibu. ..................... - Buku merah aka buku mengandung tu laaa..jangan buat buat lupa bawak pulak.. - Kad pengenalan - Handphone - Kamera - Kain batik atau skirt labuh 2 helai - Blouse atau tshirt menyusu 3 helai - Stokin 2 pasang - Shawl atau tudung ikut mana yang korang rasa selesa bawa 2 helai - Sweater - Selipar atau sandal pastikan yang tak licin dan selesa dipakai - Maternity pad - Seluar dalam dan baju dalam secukupnya - Alatan mandian dan pengurusan diri - Minyak panas untuk sapu pada dahi kaki perut dan juga tapak kaki selepas mandi..Takut nanti masuk angin susah . Barangan Bayi. ...................... Untuk barangan bayi..korang simpan siap siap dalam satu beg kecil sebab barang barang ni nanti suami akan bagi pada nurse untuk siapkan bayi korang...Apa yang korang perlu letak kat dalam beg kecil tu.. - Baju lengan panjang berbutang depan – 1 helai - Baju lengan pendek berbutang depan – 1 helai - Mitten & booties – sepasang - Kain bedung – 1 helai - Lampin pakai buang – 2 keping - Tuala - Peralatan mandi . Untuk barangan bayi yang lain,korang boleh masukkan sekali dalam beg kelengkapan korang..Apa yang korang perlu bawa... . - Sepasang baju lengan panjang / pendek berbutang depan – yang ni untuk pakai masa nak balik rumah nanti - Mitten & booties – dua pasang - Barut 3 helai - Lampin pakai buang 5 – 10 keping - Kain bedung – 2 helai - Topi - Selimut - Tuala mandi bayi - Tisu basah - Minyak telon . Bakul Untuk Ibu Bakul untuk kelengkapan ibu semasa dalam wad juga penting untuk dibawa...Apa yang perlu korang bawak dalam bakul tu..Bawak yang asas jer tak perlu bawak macam nak pergi berkelah ok...... . - Termos - Air masak / air mineral - Susu - Biskut/roti/oat/bijiran - Kurma/kismis - Air zamzam - Sudu dan juga garfu - Cawan . Ok ni jer senarai barangan yang suami korang perlu standby kat tepi pintu bilik, senang nanti dah ada rasa sakit nak bersalin terus capai barangan yang dah tersedia..Satu lagi jangan lupa charger phone..Senang nanti nak charge phone..hehe i found this in facebook. hope it helps😄

Baca lagi

sy hosp kerajaan xbawak bnyk pun. seset dua baju mummy n baby.. disposable panties n pad. toiletries. flask air n biscuit. buku pink. slipper 2 pairs sng klu basah. power bank. wet tissue n diapers skit