Spotting awal kehamilan
Siapa ada pengalaman spotting ketika kehamilan?
saya. spotting dari 25/12/24. dekat seminggu lebih. boleh tahan jugak darah yang keluar. ada masa sikit, ada masa banyak. dari panty liner saya tukar pakai pad terus. semalam pergi klinik luar nak scan untuk tengok heartbeat. alhamdulillah dah ada heartbeat. tapi kantung baby dah turun kebawah sgt & kantung penyet sikit. so doktor bagi ubat Utrogestan untuk kuatkan rahim & doktor nasihat suruh bed rest sahaja. bangun hanya untuk pergi tandas mandi etc. makan ke apa ke hanya diatas katil. harapnya baby kuat lah. TTC 3 tahun+ & ni pregnancy yang pertama. kalau keluar darah banyak direct terus ke emergency (kalau tak buka buku pink lagi. kalau dah ada buku, boleh direct ke PAC) ye cik. jangan tangguh2 dan jangan ikut cara saya ni sebab bahaya untuk baby 🥲
Baca lagixpernah alami