my first pregnancy

sepatutnya deliver 24/5.. tapi terdeliver 7/3. prematured baby. sedih. down bila bersalin kita takada baby utk susukan. orang lain boleh balik dengan baby🥹 baby saya dipenuhi wire2 dekat nicu. doakan baby saya boleh survive mommiess. mana tau mungkin mustajab doa ibu2 disini. czer due to placenta previa type4. lepas ni mmg tak boleh bersalin normal dah. ada lagi 2x untuk mengandung. pp boleh berulangkah? jaga diri mommies2 semua.. semoga diberi kelahiran yang sempurna dan sihat babynya.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Alhamdulillah syukur selamat bersalin dan baby dlm rawatan dan pantauan. Bila baby di NICU tu, puan rehat lah secukupnya dan berdoalah semuanya baik belaka. Terus marmet dgn tenang keluarkan susu untuk anak. Bila anak dah keluar dari NICU, bermula lah kehidupan penuh sebagai seorang ibu dan bapa. Bersedialah mental dan fizikal dgn kehidupan baru OK. Sedih sekejap tak apa, jangan bezakan diri dgn orang lain sbb diri puan, suami dan anak begitu berharga. Bersyukur, sabar dan teruskan kehidupan dgn baik. Baby feel u bila ibu sedih. OK. So, be a happy mom, elakkan stress, minum air kosong secukupnya, makanan seimbang nutrien, slow walk ikut kemampuan, jika keluar drpd rumah, feel happy untuk dapatkan Vitamin D drpd cahaya matahari pagi. Mudahan menjalani pemulihan selepas bersalin dgn baik.

Baca lagi