Ubat zincofer

Sepanjang pregnant tak ada alahan macam muntah. Sekali dapat zincofer, hari pertama dah pening + muntah. Mommies ada opinion tak utk tukar ubat ke apa? N ada risiko tak?

29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Boleh bagitau kat doktor/misi nanti apa effect di rasakan selepas mkn ubat tu.. Biasanya dok akan tukarkan jns ubat.. Kalau tmpt sy, misi yg akan tanya lps mkn ubat tu ada muntah2, pening & sbgnya.. Kalau ada mereka sendiri akan tukarkan ubat.. Semoga dipermudahkan

2y ago

InsyaAllah nnti saya buat mcm ni. Tq sis

req je dgn nurse kata boleh telan zincofer. sbb zincofer mmg kuat bau ubat. boleh tukar kepada obimin, new obimin, iberet, ferrous fumarate ataupon maltofer. paling sedap maltofer. awak tak perlu telan pon. boleh hisap or kunyah rasa coklat.

2y ago

Alright tq sis

Sya dapat zincofer.. 3 hari xle nak telan sebab asyik muntah..sya terus beli ubat kat farmasi.. Maltofer namanya.. Bila next app sya bgtau doc n nurse, depa kata okay je makan maltofer.. So depa xde bagi sya ubat klinik dah yg lain2

sis try sangobian. sy consume ubat ni since early pregnancy smpai skrg dh 6bulan cuma kk tak supply la ubat ni sbb mahal sikit. beli kat farmasi. and doc dgn nurse pun ckp continue ja ubat ni sebab okay. hb sy pun cantik.

saya pun tak sesuai zincofer. teruk muntah, habis semua benda keluar. doc suggest tukar ubat lain, tp kena sendiri kat farmasi. nama ubat tu maltofer fol. ada iron & folic acid, tp kena ambik asing vit c.

once dpt tahu pregnant sy beli iberet je. kk bg obimin. lepas habis obimin sy sambung iberet je smpai skrg. kk pernah bg zincofer, sy mkn 1 mlm je. sbb bau besi kuat sgt. nk muntah tkleh nk tdo😭

Pernah jugak time pregnant dlu mkn zincofer tpi x boleh telan,mesti muntah smpai darah rendah and msuk tmbh darah,last2 doc bgi vitamin coklat maltofer bru boleh telan and sedap rasa dia

Haritu nurse di KK pun ada bagi saya Zincofer. Tapi nurse tu bagitahu, kalau pening2 pergi farmasi cari jenama Iberet. Sebab saya lepas makan Iberet lagi okay dari Zincofer.

Sy mkk zincofer sblm tido , minum dngn jus oren elok je sy xdpt nk bau ubat tu entalah 😂 tp klau rsa mual xthn bau ubat tu sis boleh req dngn nurse tukar dngn yg lain

sy pun muntah n pening mkn zincofer..pstu beli maltofer fold kat farmasi bru ok..rsa pun sdp coklat2 gitu..smpai brsalin mkn..alhamdulillah xde ape..sis cuba la ye..