Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Sai Sudha Ram Moorthi di Pantai Hospital Ampang.

Hi Semua! Sekarang ni sudah tidak pelik lagi jika ibu mengandung berdarah semasa hamil. Ramai di kalangan bakal ibu sekarang sering menanyakan soalan ini kepada doktor. Pernahkah anda tertanya kenapa ia berlaku? Apa punca pendarahan ini? Adakah darah ini “implantation bleeding”? Bolehkah datang haid walaupun sedang mengandung? Adakah ia normal? Pendarahan yang macam mana tidak normal? Perlukah kita “bedrest” jika berdarah? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pendarahan pada awal atau sepanjang kehamilan bersama Dr Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Pantai Hospital Ampang pada 13 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Sai Sudha Ram Moorthi di Pantai Hospital Ampang.
6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Doctor.. 1) Soalan pertama saya adalah, adakah sekiranya discharge berwarna keperang-perangan / light tan/ light brown adalah salah satu jenis bleeding di dalam first trimester? Ianya bukan lah warna brown pekat atau redish, so saya sering keliru sama ada saya tengah bleeding/ spotting atau tidak. Tiada symptoms lain selain discharge tersebut dan iannya on off. Perlukah saya pergi ke hospital berkenaan hal ini atau just monitor di rumah? 2) Soalan kedua adalah, spotting dikatakan sering berlaku di awal pregnancy, namun brp banyak amaun spotting yang menunjukkan tanda kita perlu untuk terus refer ke doctor? Terima kasih doctor…

Baca lagi
2y ago

Hi Pn. 1. Sebaik2nya, sila rujuk Dr pakar supaya boleh tentukan samada ia jangkitan kuman atau spotting. 2. Kebiasaannya, spotting sikit sahaja semasa implantation. Tetapi, ape2 pendarahan - tak kira amount, harus rujuk Pakar untuk memastikan kandungan adalah dalam rahim dan boleh kenal pasti samada ia hanya implantation bleeding atau masalah lain.