Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Sai Sudha Ram Moorthi di Pantai Hospital Ampang.

Hi Semua! Sekarang ni sudah tidak pelik lagi jika ibu mengandung berdarah semasa hamil. Ramai di kalangan bakal ibu sekarang sering menanyakan soalan ini kepada doktor. Pernahkah anda tertanya kenapa ia berlaku? Apa punca pendarahan ini? Adakah darah ini “implantation bleeding”? Bolehkah datang haid walaupun sedang mengandung? Adakah ia normal? Pendarahan yang macam mana tidak normal? Perlukah kita “bedrest” jika berdarah? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pendarahan pada awal atau sepanjang kehamilan bersama Dr Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Pantai Hospital Ampang pada 13 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Sai Sudha Ram Moorthi di Pantai Hospital Ampang.
6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Haii doktor.. saya skrg preg 16weeks dan kerap mengalami spoting reddish n brownish... saya ada pergi check d klinik swasta,doktor scan jantung n pergerakan baby semua ok,tapi doktor ada minta saya cari ubat vagina progesteron dgn im hipogrin sbb d klinik tu xdk ubat tersebut.. tapi saya cari d beberapa farmasi n klinik2 lain pun xdk ubat tersebut.. adakah saya perlu cari lagi ubt tu d hospital atau boleh doktor suggestkan ubat @ tips utk hentikan bleeding ni... sebab saya start bleeding dari 13weeks on off smpai la skrg.. terima kasih doktor

Baca lagi
2y ago

Hi Pn. First kena ada diagnosa kenapa ada bleeding. Uterogestan dan ubat cucuk ada di hospital. Saya perlu assess dulu untuk tahu sebab bleeding sebelum boleh bagi apa2 nasihat.