Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Sai Sudha Ram Moorthi di Pantai Hospital Ampang.

Hi Semua! Sekarang ni sudah tidak pelik lagi jika ibu mengandung berdarah semasa hamil. Ramai di kalangan bakal ibu sekarang sering menanyakan soalan ini kepada doktor. Pernahkah anda tertanya kenapa ia berlaku? Apa punca pendarahan ini? Adakah darah ini “implantation bleeding”? Bolehkah datang haid walaupun sedang mengandung? Adakah ia normal? Pendarahan yang macam mana tidak normal? Perlukah kita “bedrest” jika berdarah? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pendarahan pada awal atau sepanjang kehamilan bersama Dr Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Pantai Hospital Ampang pada 13 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Sai Sudha Ram Moorthi di Pantai Hospital Ampang.
6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor. Saya ada beberapa soalan di bawah, appreciate if doctor can help to shed some light: 1. Saya ada pengalaman spotting dan makan duphaston pada trimester pertama masa mengandung anak pertama. Sekiranya saya mengandung lagi, adakah saya patut jumpa doktor utk terus ambil duphaston walaupun belum mula spotting? Setahu saya, wanita yang mengandung melalui IVF juga terus ambil ubat kuatkan rahim. 2. Orang2 tua di rumah kata spotting disebabkan makan atau minum air sejuk atau cooling food/drink macam tembikai, air kelapa. Does this have a basis atau mitos sahaja? 3. Saya pernah dpt cucukan pada punggung masa spotting. Is it beneficial to take both injection and oral duphaston? Or taking the injection is just adding excessive hormone and pointless? Or just taking either will do? 4. Sekiranya spotting saya telah henti, bolehkah saya bersama suami? Atau tunggu sebulan selepas spotting? Atau memang tidak digalakkan sampai due? Selepas spotting utk 3 minggu masa trimester pertama, saya tidak bersama suami (no penetration) sampai hampir due. Terima kasih doktor!

Baca lagi
2y ago

Hi Pn. 1. Ia bergantung kepada sebab spotting. Ada subchorionic hematoma / PCOS / induced pregnancy. Most clinician might give in the following pregnancy as a precaution tapi tak semestinya bagi for every pregnancy. It all depends on apa indikasi duphaston. 2. Mitos 3. Again, depends on indikasi. Sometimes kita kena bagi sebab dusphastin sahaja ( content progesterone ) tak mencukupi. 4. Advised to avoid sexual intercourse in the 1st trimester if it’s threatened miscarriage. However, kalau ada faktor risiko lain seperti placenta bawah , pernah ada early preterm labour etc, then need to avoid. Kalau tak ada faktor risiko lain, selepas 13 minggu should be ok. Kena discuss dengan pakar.