Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh

Hi Semua, Di dalam aplikasi ni ramai yang bertanya mengenai tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi, terumata sekali ibu bapa baru. Tahukah anda warna najis yang normal warna apa? Adakah najis yang warna kuning cair normal? Kenapa kadang-kadang ada najis yang berbau sangat busuk? Ada juga yang bau biasa saja? Bolehkah kita tentukan tahap kesihatan najis melalui bau dan warna? Selain itu, apakah perkara penting yang harus ibu bapa kena perhatikan? Perlukah kita segara ke klinik atau hospital jika bayi tidak membuang lebih daripada 5 hari? Adakah susu formula atau susu badan memain peranan penting? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Consultant Paediatrician, MBBS (Mal), MRCPCH (UK) dari Pantai Hospital Ayer Keroh pada 16 November 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh
48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr Sharmini, anak saya berumur 2m5d dan saya bf dan fm pada anak. Anak saya seringkali kentut. Berak anak warna kuning dan sedikit cair dengan kuantiti yang agak banyak kerana setiap kali anak membuang pampers akan penuh. Anak saya membuang 2 kali dalam sehari.. Sebelum ini anak pernah memakan antibiotik kerana terdapat jangkitan pada air kencing. Nak tanya Dr sekiranya pengambilan antibiotik mempengaruhi berak bayi? dan bagaimana membezakan sama ada berak cair dengan terdapat lendir di dalam berak bayi? Thank you Dr.

Baca lagi
2y ago

HI Puan Salam Sejahtera warna najis kuning is ok dan membuang dua kali sehari adalah agak normal tetapi pengambilan antibiotics boleh menyebabkan najis lebih cair dan pembuangan kerap.... najis berlendir biasanya akan kelihatan macam kahak dalam najis , tetapi berak cair najis akan berair sahaja