Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh

Hi Semua, Di dalam aplikasi ni ramai yang bertanya mengenai tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi, terumata sekali ibu bapa baru. Tahukah anda warna najis yang normal warna apa? Adakah najis yang warna kuning cair normal? Kenapa kadang-kadang ada najis yang berbau sangat busuk? Ada juga yang bau biasa saja? Bolehkah kita tentukan tahap kesihatan najis melalui bau dan warna? Selain itu, apakah perkara penting yang harus ibu bapa kena perhatikan? Perlukah kita segara ke klinik atau hospital jika bayi tidak membuang lebih daripada 5 hari? Adakah susu formula atau susu badan memain peranan penting? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Consultant Paediatrician, MBBS (Mal), MRCPCH (UK) dari Pantai Hospital Ayer Keroh pada 16 November 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh
48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hello Dr. Sharmini. Anak saya 2m 23d dan saya bf & fm pada anak. Beberapa hari ni saya perasan anak saya ada masalah kentut malam. Siang dia kentut ok je, tak ada masalah. Kalau malam dia agak gelisah masa kentut. Jadi dia tido tak lena. Membuang pun sikit sahaja, warna tahi hijau kehitaman. Tahi pun berbau sangat busuk. Tapi time membuang anak tak meragam. Anak saya ada masalah apa ye dr? Mohon pencerahan dari dr. Thankyou ☺️

Baca lagi
2y ago

hi Puan Dina..salam Sejahtera.. terlebih membuang angin (kentut) dan gelisah memberikan indikasi anak ada masalah colic.... dimana pertukaran susu formula yang lebih serasi diperlukan tetapi warns najis kalau hitam memerlukan pemeriksaan lebih teliti dpd pakar pediatric