Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh

Hi Semua, Di dalam aplikasi ni ramai yang bertanya mengenai tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi, terumata sekali ibu bapa baru. Tahukah anda warna najis yang normal warna apa? Adakah najis yang warna kuning cair normal? Kenapa kadang-kadang ada najis yang berbau sangat busuk? Ada juga yang bau biasa saja? Bolehkah kita tentukan tahap kesihatan najis melalui bau dan warna? Selain itu, apakah perkara penting yang harus ibu bapa kena perhatikan? Perlukah kita segara ke klinik atau hospital jika bayi tidak membuang lebih daripada 5 hari? Adakah susu formula atau susu badan memain peranan penting? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Consultant Paediatrician, MBBS (Mal), MRCPCH (UK) dari Pantai Hospital Ayer Keroh pada 16 November 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh
48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai Dr Sharmini, Anak saya sejak dari newborn memang ada kesukaran untuk membuang air besar. Tapi bila anak saya sudah berumur 2y++ dan ingin cuba berhenti memberi susu formula tak lama lagi. Adakah dia akan kembali untuk sukar buang air besar? Sekarang walau beri makan buah ada masa najis anak keras tapi takda sembelit. Mohon Dr beri pencerahan. Terima kasih

Baca lagi
2y ago

Hi Puan Nora.. Salam Sejahtera Terima kasih atas pertanyaan anda Walaupun anak dah berumur 2tahun , pemberian susu masih perlu untuk tumbesaran tulang terutamnya... sebab susu adakah sumber calcium yang penting.... tetapi 2 ke 3 kali sehari cukup...Makanan seimbang selain daripada susu penting untuk sumber nutrisi selepas umur setahun ke atas Buah-buahan seperti pisang, betik,, prunes dan kurma mengandungi serat yang bagus untuk melembutkan najis.... selain daripada tu , sayur-sayuran hijau dan air suam yang cukup penting untuk melembutkan najis dan mengelakkan masalah sembelit