Bersangka Baik dgn Soalan “BILA NAK ADA BABY??”

Hi semua penanti cahaya mata ?? Saya nak share sikit tips berkenaan mcm mana saya boleh ‘STAY POSITIVE’ dgn pertanyaan dan celaan orang sekeliling “bila nak ada baby??” First of all, ada jenis orang yg tanya dalam keadaan excited jadi jgn cepat terasa dgn soalan orang mcm ni tp kita kena excited n gembira jugak mcm dia. Sbb dia excited nak tgk baby kita. Positive ❤️ Second, ada jenis orang yg suka mencela. Kita boleh tahu dr riak muka n nada suara. Nak berhadapan dgn orang mcm ni kena ada ilmu ? mcm saya, saya suka jawab “Itu urusan Allah. Mungkin Allah nak saya berusaha keras lg. Sbb tu dia tunda.” Ada 2 sbb kenapa saya jawab mcm ni. 1) org mcm ni kena bg dia faham secara halus soalan mcm ni sensitif so that dia tak buat kat org lain dah. Kita dah selamatkan dia ?? 2) personal thought saya, sambil jawab soalan org mcm ni sambil tu saya cuba bersangka baik dgn Allah seolah sy sebenarnya tgh berdialog dgn Allah dalam hati. Bila saya buat mcm ni, saya KUAT ??❤️ sbb kita percaya kat Allah, Allah pinjamkan kekuatan pd kita. Next, bila saya berhadapan dgn situasi sebegini, saya suka bertindak pantas dgn menggali dan mencari hikmah. Apa yg saya jumpa; 1) rezeki dan bahagian masing2 Allah dah tetapkan 2) rezeki kami sudah mempunyai rumah sendiri pd usia muda tp belum rezeki ntuk mempunyai zuriat lg 3) rezeki mereka punya anak ramai atau senang pregnant tp masing2 masih berusaha ntuk cari rumah sendiri Saya fikir, takkan semua benda Allah nak bg tanpa usaha? Buat apa Allah cipta kita.. Sedangkan kita sendiri tahu Allah cipta manusia dgn tujuan. Saya selalu ingatkan diri saya dan suami kadang dia ingtkan saya juga supaya kerap bersyukur dgn pemberian Allah dr Allah tak bg apa2 langsung dekat kita... Allah Maha Mengasihani. Tak mungkin Allah menzalimi hamba-Nya. Cuma dia mahu kita berusaha sikit je lagi sbb dia nak kita merasa ‘achievement’ dalam hidup kita at least huhu Itu saja ❤️ sikit je tak banyak. Tp mudah mudahan bermanfaat ntuk semua ye ? STAY POSITIVE dan YAKIN dgn perancangan Allah ??

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sooooooo positive sis ❤️

VIP Member

👍🏻