29 Balas
Sama sis. Sy rasa mcm ape yg sis rasa. Sy 1st time mom, 1st baby, umur dah lanjut 38 tahun baru pregnant sbb kahwin lewat. Badan mmg tak kuat mcm dulu, bila pregnant, rasa lg bertambah2 lemah. 1st trimester penat layan mcm2 alahan, pening, mual, mabuk kereta, lemah, lesu semua ada. Masa mula2 pregnant, husband tiap2 hari marah sy sbb rumah tak terurus, ckp sy malas, padahal kita mmg tak boleh buat keje rasa lemah sgt. Family mertua pulak ckp jgn ikut sgt badan, suruh lawan. Masuk 2nd trimester, sy diuji dibehentikan keje sbb alasan sy pregnant sbb sy masih belum confirm. Pdahal masa sy masuk keje sy belum pregnant lg masa tu. Diuji dgn masalah kewangan yg teruk. Skang dah masuk 3rd trimester, 31week sy diuji alahan satu badan naik gatal2, kena psoriasis. Gatal yg tak tahan sgt. Heartburn, mkn sikit gastrik, mkn byk heartburn, tak boleh tido malam, sakit pelvic. Kdg sampi satu tahap mmg giveup sgt, fedup mcm2 ada especially tak boleh tido mlm sbb gatal ya amat. Org suruh sy tahan garu, mcm mane nak tahan garu kalau dah gatal teramat. Hb low dr awal pregnant sampai sekarang, ubat takyah ckp mcm2 mkn, penah drip masuk ubat, tp tetap tak naik. Bila rasa nak nangis, sy nangis je. Org ckp jgn nangis nnt emosi baby terganggu. Tp kita tak boleh kontrol. Kalau sy rasa lemah, tak kuat, sy nangis sambil usap perut baby. Luahkan kat baby. Baby pun mcm memahami, bila sy luahkan sentiasa rasa pergerakan dia. Sy bertahan kerana baby. Sbb sy sentiasa fikir ve, dgn umur lanjut mcm ni, Allah kurniakan rezeki anak. Jadi jgn sia2kan amanah yg Allah bagi. Alhamdullilah husband dah byk berubah bila dia tau keadaan sy. Dr seorg yg tak reti buat keje rumah, skang ni pelan2 dia byk tlg sy. Dr seorg yg tak penah peduli perasaan sy, skang dia lah yg paling byk mengalah. Dia lah support system sy bila sy down. Kalau gaduh pun, kami tak gaduh lama sbb dia tau emosi sy akan terganggu dan automatik sy nangis. Cepat2 dia pujuk sy. Semoga mummy dan mummy2 lain kuat hadapi semua ni. Doa tiap2 hari kat Allah supaya diberikan kekuatan menghadapi segala dugaan dan ujian sewaktu mengandung ni. Allah nak angkat darjat kita. Insha Allah, sentiasa percaya, Allah takkan uji seseorang melebihi kemampuan hambaNya. ♥️
Sy pernah rasa..ank kedua..siang mlm nngis..alahan truk..smpai hati dh cakap bukan2...tau apa jadi..sy leacking,dia lahir 26 weeks..2 kli kritikal,jantung berlubang..time tu mnyesal sngat2 sbb merungut..masa d tahan kat scn..bnyak ojuang garis dua bertahun2..bila ada bby mereka berharap sngat..tp bby mereka x slmat..shgga kn kawan sblh ni cakap.."untung lah kita yg nerasa skit beranak..d uji alahan..mngidam..brpa bnyak lagi wanita nak kn rasa tu skrg2nya sekali seumur hidup"...sy nngis situ jugak..dh wktu tu muda lagi..jauh mak bapak..ank prem..laki pulak main blkng..bnyak dugaan..nk fikir mcm mana pntang urus lagi pnceraian😭Tngok muka ank yg bjuang sy janji dlm hati..SAMA2 LH BERJUANG NAK..n now shes 15 years old...🥰Kena kuat sis...itu smua akn jdi satu kenangan dlm hidup kita nnt..smua akn berlalu..chiayokkk..jangan putus asa keh...
saya dr awal pun mcm2 masalah.. first trimester bleeding, kena bedrest & resign dr kerja.. masuk 2nd trimester pula air ketuban leaking.. admit hosp, appointment hampir setiap hari klinik desa, klinik kesihatan & o&g juga.. masuk third trimester ni diuji gdm pula.. BSP 2minggu skli, ubat x sesuai, tukar ubat dr 2biji ke 3 biji.. bila Bsp merah, kena repeat dan ke KK untuk review..baju pun dh xde nak pakai! kena bebel dan marah nurse perkara biasa.. down, nangis, murung semua dh sy rasa... support sistem hanya lah suami wlau kadang dia pun marah sbb sy down.. skrg sy dah 36w.. sy takde tips, memang kena lalui je.. semoga sis kuat
aminnn tq sis . tgh tggu hari nak serah diri ni 🥰
Pernah rasa mcm tu, lepas tu saya gugur.. Rasa bersalah sgt sbb ada rasa tu.. Bila Allah kurniakan lagi rezeki pregnant lepas 3bln keguguran tu.. Saya niat dlm hati, penat mcm mana pun, ni saya yg minta, saya yg nak. Jd tiap kali bgun dr tidur, atau nak tidur, saya akan doa sgt² supaya hati kuat. Support system saya boleh kata lemah, sbb sepenat apa pun saya, still semua benda kena buat, husband pun xterlalu membantu, fmly kalau nak luah pun xlayan. Jadi saya hanya akan luah dgn baby.. Usap perut, selalu ckp dkt baby, adik mudahkan urusan ibu nah, adik sihat ok, adik nnt lahir senang tau.. Jd apa2 semua saya ckp dgn baby. Jadi cari sesuatu yg boleh jd penguat semangat awak tau.. Good luck nah
faham..actually all you need is a support. xpe meluah, cari org yang boleh jd tempat awak luahkan, yang faham perasaan awak dan boleh beri awak semangat. mengandung ni penat sebenarnya. sebab tu pentingnya ada org yang boleh faham keadaan kita dan boleh jadi tempat sandaran kita. paling baik adalah suami. when you feel stress, down suami la org y boleh jadi tempat kita bersandar. sometimes pelukan dan pujukan dari org terdekat ni boleh ubat hati kita, y boleh tepuk bahu dan belakang kita bila kita rasa down. kalau suami xdapat jd org y mcm tu, cari org lain. you need support mommy. selain itu apa² pun you need to be strong mommy ok 💪💪💪
kuatkn semangat sis... sya preg anak ke3 jarak anak ke2 6y lebih.. preg kali ni sya rasa sgt penat.. sya x da muntah2 cuma rasa loya d trimester pertma.. masuk tri ke 2 dan skrg tri ke 3 daj 32weeks pun sya rasa x selesa.. badam sakit2... tdur mlm susah.. berat sya x naik banyak.. gdm lagi... tp Allah tu baik tiap kali scan anak sya ok jer berat pun ok.. hb sya x pernah low... sya ckp dgn diri sya dan baby kita dah nak sampai garis hujung ni sama2 kita bjuang.. gitu la sya ckp hari2.. bila penat sya baring rehat2...
Saya pun dari awal HB low. Memang setiap 2 minggu ke klinik cucuk ambik darah. Tapi saya enjoy je at least saya boleh tahu perkembangan baby saya dgn lebih kerap. Now saya dah 17 weeks. Saya cuba sehabis baik utk jaga apa yg boleh selagi boleh. Husband happy kita pregnant, family happy so kita kena semangat juga cuba buat yg terbaik. Tapi suggestion saya, jaga pemakanan je. Pastikan every meal u take complete. Carbo, protein, sayur & buah. Kita cuba sama2 ye sis. Don’t give up.
hye tumpang tnya utk ubat yg kk bagi tu awak blh mkn ke? sy skrg semua jnis ubt kk xblh diterima bdn.. ad yg blh mkn tpi hb makin turun.. rse penat la pulak asyik kena abik drh je ni
awak, saya dulu pun pernah rasa mcm awak, pernah ckp kt husband surrender preg. bila alah teruk, n then family sendiri compare, mgata konon lembik la, org lain tak mcm tuh la, tapi Alhamdulillah, saya lepas fasa mgandung. skrg anak pun nak masuk 2y, fasa toddler dia pula, sampai skrg kadang saya burn out juga, tapi bila tak okay, saya luah kt husband, at least tak pendam, n then rehat, me time kejap , tgok anak, sbb anak tuh la kekuatan kita bila kita da jadi ibu. so awak kuat yaa utk anak awak,
normal sis rasa macam tu lagi² 1st time pregnant. saya dah rasa. dgn kena gdm lagi, air ketuban tak cukup, hb low, ulang alik kk dan hospital, pjj dengan husband lagi, tambah stress dengan keje ofis lagi, tiba² kena emergency czer lagi. lepas bersalin diuji dengan baby high demand sampai sy kena baby blues sebab masih pjj dgn husband masa tu, ulang alik klinik sbb baby kuning. masa pantang tak rasa mcm berpantang pun. lepas baby dah masuk 4 bulan baru sy boleh bertenang sikit
feeling awak tu valid, ramai ibu2 rasa macam ni, tak semestinya yg first time mom je rasa, kadang ibu yg dah berkali2 pregnant pun masih rasa benda sama. and normal emosi kita time pregnant ni tak berapa stabil, sebab tu perlunya ada suami/family/kawan untuk kita luahkan feelings tu. banyakkan berdoa minta kekuatan untuk hadap pregnancy kali ni, inshallah semuanya terbalas once baby lahir nanti.
sal