Mual waktu petang

Hi semua, maaf bertanya. Saya sedang hamil 7 minggu. Normalkah kalau mual dan muntah2 kerap terjadi waktu petang dan malam?

24 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sama saya sis, kdg lepas zohor tu sampai ke magrib memang auto pening and mual. Memang keja baring jee. Petang petang saya suka lapar, mesti nak kunyah2, kalau pegi dapur buka kabinet dapur nak cari makan masa petang tu auto muntah terus,🤣🤣. Kadang pikir kelaka jugakk. Saya ada baca memang nama dia morning sickness tapi tak semestinya dia jadi pagi, dia boleh jadi malam or ptg, bila2 sahaja😊

Baca lagi

saya diawal kandungan sampai ke 10 week ni . pening on off , mulut rasa ta selesa . lagi lagi bahagian lidah . stress nk makan apa semua jadi ta sedap jadi ta lalu makan . kadang makan tengahari pon sampai kol 7ptg atau lewat sebab ta selera betul nk nengok makanan apa apa lagi lagi la nasi 😌 harap cepat lah berlalu rasa camni . anak pertama ni . semoga dipermudahkan ....

Baca lagi

sama mcm sy. tp loyah dan muntah sy teruk. kena pg hospital. bila ke emergency doc ckp darah x cantik sbb asid dlm badan tinggi. sbb asyik muntah smpai nak pitam. kena warded tp sy tolak. klu teruk boleh kot pg hospital. cadangan sy😁

Saya punya morning sickness sepanjang hari.. takde selera makan n minum, muntah saja, sakit kepala dan terbaring dlm bilik je sbb tak boleh hidu bau busuk or wangi even bau sabun & mknn.. smpai 2 bulan x bekerja.

Normal sis.. sy start seawal 2week sampai lah skg 9minggu 2 hari, mual muntah jgn cakap tiap pagi sampai malam... asal makan auto muntah.. bila tak makan perut bunyi pulak lapar😂😅

sama la sis saya pn minggu ni masuk 7 week , bila balik kerja mmng mual . tapi so far takda muntah lagi just mual je . paling tak bole kalau Fikir makanan mmng rasa mual

sama! mula kandungan 6weeks.. mual pkl 7 ptg smpi pkl 9mlm.. tapi bila mual tu sy makan buah2 sejuk epal ke pear ke belimbing ke lega sikit pastu br makan malam..

sama dgn saya.. mual waktu petang dan malam.. muntah tu lega terus..dlu time 5 week mual waktu pagi je.. dah 7 week ni lain pula

Samalah kita..😅... Bile siang..rasa nk makan.. Lepas mkn MESTI ngantuk nk tidur.. Tk tidur sakit kepala pula.. 😅😅...

normal. pagi saya ok sbb husb yang muntah pagi. tapi start 430 ke 830 saya akan mual dan muntah so evening sickness haha