Menyampah, meluat, semua ada!
Semalam ada beli KFC, nak buat makan moreh. Mertua saya boleh suapkan whipped potato dlm mulut baby saya yg baru 4 bulan! Dengan alasan, dia amik yg tak terkena gravy. Whatever reason pun, still tak boleh. Tak bole ke tunggu 2 bulan je lagi before baby tu bole consume food selain susu. Geramnya akuu. Cepat2 saya lap kentang tu kt mulut baby, siap korek yg dlm mulut tu sekali. Bad mood betul. I dont care how you raise your kids before, tp ni anak saya dan saya nk yg terbaik untuk dia. Biarlah saya lebih suka nak dgr instruction doctor drpd org yg terlebih garam ni. Before ni pulak, masa pantang suami insist nak mak dia jaga saya. Mmg mak dia berkampung selama 44 hari kt rumah. Tp ya Allah, pantang org lama. Tak boleh minum air byk, buah langsung tak boleh makan, berkuah pun setakat mangkuk kecik, berpasir tekak nak telan nasi. Penyudahnya, saya dehydrate sampai kena masuk air sekali. Mmg cepat berat turun, perut pun cepat kempis, tp sengsaranya Allah je tau. Nak buang air besar cukup susah, dengan haus lagi. Dah jadi mcmtu, baru suami bukak mata. Diam2 dia isi air byk2 letak dalam almari so saya boleh minum tanpa mak dia nmpak, kadang time mak dia masak or mandi, suami bagi buah2 untuk senang buang air besar. Alhamdulillah, susu kembali meriah. Tapi dah jadi gitu pun, still mertua rasa dia betul. Haritu senyap2 bagi baby minum air suam sebab dia rasa baby x puas menyusu. Padahal budak tu dah muntah2 susu kot. Dia panas je sampai berpeluh2 leher dia. Dah naik ruam bawah leher. Alasannya nk bagi baby rasa panas, jd takde lah mengada2 nanti sikit2 nak aircond. Istighfar panjang saya, agak2 lah pun..cuaca panas takde angin langsung. Kita yg dah tua ni pun tak tahan panas tu. Kipas pun angin panas je rasa. Geram punya pasal, kitorg beli je portable aircond tu. Setel, baby pun tidur tak terganggu dan takde tiba2 dia bangun nangis sebab panas. Mcm2 lah kerenah mertua ni. Saya faham dia nk saya ajar anak mcm dia ajar anak dia. Tapi dulu x mcm sekarang. Dan keadaan setiap anak juga berbeza. Mohon cepatlah habis PKP ni. Nak balik rumahh. Tak kisahlah rumah tu kecik ke apa, tp still home sweet home. ??
Preggers