Kongsikan kisah menarik sepanjang kehamilan anda & dapatkan 500 Poin Percuma!

Selamat tengah hari mommies semua🥰 Apa pengalaman yang paling anda tidak dapat lupakan sepanjangan perjalanan kehamilan anda?🤰 Ada yang suami menangis waktu mula dapat tahu pregnant ke?😭 Atau mengidam nak renovate rumah🏡? Ke tak boleh tengok muka suami?👨 Atau teringin nak pergi oversea minum air kelapa bali🌴? Jom kongsikan kisah menarik & mungkin kisah anda yang akan mendapat 500 poin PERCUMA🥳

Kongsikan kisah menarik sepanjang kehamilan anda & dapatkan 500 Poin Percuma!
6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Antara pengalaman bermakna semasa mengandung yang tak dapat saya lupakan adalah kenangan indah semasa babymoon di Pulau Redang. Saya sempat snorkeling walaupun masa tu tengah pregnantkan Anas 7 bulan. Mungkin sebab badan dan perut kecil je, takde orang perasan Mama Anas tengah mengandung 😄. Selain daripada aktiviti snorkeling yang super best, air laut yang sangat indah dan jernih, ikan-ikan yang cantik dan berwarna-warni, saya juga tak dapat lupakan pengalaman menaiki speed boat untuk pergi dan kembali dari Pulau Redang. Boat terhentak-hentak dengan sangat kuat akibat dilambung ombak 😅🛥️. Dahsyatnya rasa macam naik kuda 🐎. Alhamdulillah, masa tu dah masuk 3rd trimester dan kandungan selamat. Tak alami sebarang bahaya. 🤲🏻 #TAPsupermoms #TAPactiveusers

Baca lagi
Post reply image
4y ago

Hehe, Alhamdulillah. Allah permudahkan 🤭🥰❤️