Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Yamuna Ramadas, Pantai Hospital Ampang.

Selamat Sejahtera Semua! Isu bayi prolonged jaundice sentiasa menjadi isu kepada ibu bapa baru. Bila anak terkena jaundice lebih daripada seminggu atau dua minggu mesti kita semua dah jadi binngung dan tidak pasti nak buat apa lagi kan. Lagi-lagi sekarang, bila bercakap tentang jaundice je mesti semua orang cakap kena banyakkan susu badan, susu ibu adalah yang terbaik, teknik penyusuan kena betul dan lain-lain lagi. Betul ke normal jaundice dan breastfeeding-jaundice ni ada perbezaan? Tahukah anda tentang isu ini? Jom anya soalan anda tentang Bayi Prolong Jaundice dan benarkah ia berbeza dengan "breastfeeding-jaundice" bersama Dr. Yamuna Ramadas, Consultant Paediatrician di Hospital Ampang pada 21 Disember 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Yamuna Ramadas, Pantai Hospital Ampang.
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Selamat sejahtera, Anak saya pernah kena jaundice sehingga 25 hari. Doc kata disebabkan jenis darah saya tapi ikutkan ada ibu yang jenis darah lain anak tersebut masih mengalami jaundice yang lama. Apa perlu dilakukan jika bayi sukar untuk buang air besar dan ia menyebabkan bacaan bilarubin makin sukar untuk turun? Terima kasih

Baca lagi
3y ago

HI , betul ya puan , prolong jaundice tidak berkaitan dengan kumpulan darah mama ataupun bayi. Jika ada prolong jaundice , yang paling penting ialah 1. berat baby semakin naik dan baby menyusu dengan baik . 2. warna najis baby mesti kuning pekat dan tidak kuning pucat. 3. check doctor untuk pastikan jaundice ini tidak berkaitan dengan masalah hati/jangkitan kencing dan sebagainya.