Ayuh, Ceritakan Kisah Anda!

Selamat petang Mommies! Selalu orang cakap cinta padang pertama tu selalunya kekal berpanjangan. Bila bertentang mata kali pertama tu terus terdetik di dalam hati “Dia lah orangnya” ? Anda semua mesti ada kan jalan kisah cinta dengan pasangan? Haa, jom lah kongsikan dengan kami macam mana anda boleh berjumpa dengan pasangan! Mesti banyak yang lucu dan menghiburkan hati. Jangan lupa gunakan hashtag#LOVEATFIRSTSIGHT di dalam post anda!

Ayuh, Ceritakan Kisah Anda!
146 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kenal masa kenduri sepupu 😆 husb sepupu jauh, jumpa masa kecik je. Lepastu lost terus, bila dah besar jumpa masing2 takkenal. And masa tu dia berpunya saya pun berpunya. First time hati berbunga2 masa nak ubah kereta, sebab orang kampung nakmasak dekat garaj, masatu lah dia tengok saya, saya tengok dia. Dalam hati cakap hensemnyaaaaa 😂 dia pun tiba2 jatuh cinta masa tu. Tapi takberani naktegur saya, bila malam, semua dah pakat balik, dapat 2call dari number takkenal, tapi dah tidur masa tu. Esok pagi dia call lain, rupanya husb 😆 berbunga2 kejap bila orang hensem call. Okay, masa tu lah dia dah curang dengan ex dia, and saya pun curang dengan ex, ex saya ni pun suka curang jugak. Banyak kali dah kantoi, tapi saya bagi peluang. Last gaduh sebab dia takbagi pergi kenduri kawan baik saya 😌 dia konkong gila, dengan cemburu kuat, suka maki2, suami kesian tengok saya, kenal bulan 12, tunang bulan 2, kahwin bulan 4. Sekarang dah sarat nakbersalin dah. Hehehe

Baca lagi

#loveatfirstsight Sy dgn hubby kenal dlm bus express. Dri utara ke jb. Hubby dri perlis gi knduri kwin member. Sy lak bus tue pick up kt alor setar time tue cuti sem saje jln2 kg housemate. Then duduk seat single depan seat hubby. Nk dijdikan punca perkenalan sy trunkn seat terhantuk kt pale hubby ngah watpe ntah kt blakang. So bermula laa detik2 suai kenal mnum kt rnr same2. Prjalanan dri utara ke selatan rase sekejap sgt🤣 tpi berkwan jek time tue n dia tau sy dh da bf. Contact gitu2 then dia kena trnsfer keje ker KL. So keep in touch by fon jela. 5 thun kemudian.... Dia trnsfer JB semula sy still single dia pn single. tup2 dia trus brth fmily nk dtg meminang. Im speechless. Time tue dh puas enjoy n pk nk kawin coz mak dh bising😅 kedebak kedebuk 11 May 2012 kawin. Skang dh 3 owg ank. 7 thun 6 thun n yg bongsu bru sebulan. Kesimpulannyer enjoy ur single life first jodoh tue bile2 leh dtg dgn care tersendiri. Cehhh!!!!🤦🏻‍♀️

Baca lagi

Sorg polis ni ambil no phone sy time tournament menembak awal tahun 2009. Habis tournament sy dpt msg & call from unknown ckp nak berkenalan. Tp sy ignore sbb time tu sy student lg 🤓 Lps habis SPM hujung tahun 2010, si unknown ni muncul balik ganggu hari2 sy yg indah 🙄 Time ni baru terbuka hati sikit nak reply msg dia tp boleh kira la brp kali ja sy reply. 1 hari terdetik nak tnya mana dpt no phone sy. Dia pun bagitau dia anak polis tu. Si polis tu balik kerja terus bg no phone sy dkt anak dia ni suruh berkenalan 😂 To make the story short, alhamdulillah after 8 tahun kami cintan-cintun, skrg dah setahun kahwin & ada baby 5 bulan dah ❤️😍 Disclaimer; Kes no phone pak mertua bg dkt suami tu betul tau.. bukan reka2.. sy dah soal siasat ketulenan crita dri pak mertua dh.. takut suami mereka kan. Pak mertua siap ckp lg "Narh no phone ni pi berkenalan, Pak nak dia ni jd menantu pak 😅" #LOVEATFIRSTSIGHT sgt 🤣🤣🤣

Baca lagi

Kami couple mase umur 15 tahun, satu sekolah dan satu kelas.. couple putus couple sampai la sy masuk Form6 dan suami masuk belajar kolej.. lost contact.. Kami contact semula masa sy masuk U dan suami dah hampir nak habis belajar.. Alhamdulillah, suami habis belajar dulu dan dapat kerja tetap. Satu hari tu, Suami wsep ajak kawen tp sy diamkan diri sebab masih belajar. Lepas je habis belajar, hari sama lepas konvo sy balas wsep terakhir suami.. “ Soalan ajak kawen ni masih valid tak kalau aku jawab sekarang” 😂🤣 mula tu dy tak balas, lama lepas tu dy tanya, “ serius?”hahahahaha.. end up kami bincang, jumpa family, tunang dan kawen Mac tahun lepas.. dan tahun ni insha Allah , anak pertama kami akan lahir bulan Julai nanti 👶🏻🥰 Jodoh tu kuat, daripada kami umur 15 tahun, akhirnya umur kami 27 tahun kami kawen dan semoga berkekalan hingga akhir hayat kami..🤲🏻🌸 #LOVEATFIRSTSIGHT

Baca lagi

Sye kenal husband tdi group we chat.. Mula2 sye ingt dia ni jenis laki suka pasang sana sni..maklumlaa laki skrg xde yg jjur.. Saya pun Single mse tu.. Try je msuk line tgok dia jenis laki cm mne.. we chat laa sllu smpai terindu2.. Ingt nk main2 je.. Smpai ajak jmpe.. Dia sanggup dtg dri Kuala kurau ke tapah ni smata2 nk jmpe sye.. Xper laa jmpe laa.. Aduii berdebar nak mampus.. Jmpe skli tu terus teringt smpai Dua2 xsanggup nk lekang.. Sbulan skli mesti jmpe.. Jauh kot nk jmpe hri2.. Kenal bulan 1 2016 merisik bln 4 2016 bertunang bulan 7 2016 n 9 12 2016 kami kawen.. Lpas tu kami still lagi pjj sbb kan kerja dia sbgai driver bas express.. Syukur Sgt dpt hsbnd mcm dia ad tggung jwb wlaupunn dia rasa rugii sbb kena Pjj ngn anak bini sbb kerja.. InsyaAllah nnty satu hari kita sebumbung hari2 tau dgn anak2.. Smoga rezeki kita ad..

Baca lagi

Kenal secara online masa tu baru 3 hari dtg kl,husband add jadi rakan& berkenalan....sy byk bertanya pasal selok belok jln kat kl maklumlah org baru....hihihi....Beberapa bln lepas tuu,kita org jumpa selepas sy habis kerja kat Pasaraya Sogo.....First jumpa husband sy tak fikir husband akan suka sy sebab husband handsome sgt ,sedang sy biasa2 jer...sy bagi tau kat hati anggap kawan jer jgn sampi sy tersuka nnti kesian kat diri sendiri.....hahaha....sebab sy fikir tak logik handsome mcm nie takda girlfriend,rupanya situ husband baru patah atii.....lepas tuu husband daa kerap ambil sy habis kerja,tlg hantar balik.....4 bulan kemudian husband bawa jumpa family dia alhamdulillah family dia terima sy....selepas 2 bulan keluarga dia dtg merisik sy.....skg sy pregnant 6 bulan,perkahwinan kita org April nie genap setahun

Baca lagi

Saya jumpa suami masa iv baru habis bljr. Dia yg iv sy..dia kata masa masuk nk iv tu dya jd berdebar mcm dya pulak yg nk kne iv. Sy start je masuk kje dya dh warning budak2 laki kt department jgn kacau sy. Biasa la bila pompuan keja dlm department laki (machinery). Awal2 tk tunjuk sngat tapi dya suka tapi saya jenis cepat baca orang. Buat tak tahu jela lagi pun saya dh ada orang lain tapi jarak jauh..dia pun tahu saya dh berpunya. Berkerja n berkawan macam biasa tapi dia cuba utk lg rapat. Last2 saya tahu yg pasangan sy diam2 ada org lain. Kenal suami 3 bulan. Bercinta sebulan dan decide utk tunang.bertunang 6 bulan terus kawin. alhamdulillah sekarang menanti kelahiran anak sulung kami. Bersyukur dpt suami yg penyayang dan terima kita seadanya walaupun dia tua 9 tahun dr sy. #LOVEATFIRSTSIGHT

Baca lagi

Sebelum ni saya satu sekolah dgn husband dekat sabah. Kami dua² mmg asal sabah mncri rezeki kat semenanjung..tapi langsung xperna tegur sapa masa zaman sekolah..pertama kali jmpa kat Speedmart 99 (puchong)😆 msa sy keje partime cashier..Time tu husband mula tegur sapa kat sya..Kebetulan roomate saya sepupu dia😆😆Masa baru nak kenal²,dua² bru lepas patah hati (2017)...tgah Broken Hearth😆start dr situla kita org mula kenal hati budi masing². Lepas 2 tahun bercinta,husband hantar rombongan keluarga dia naik merisik & kita org tunang 13/10/2019 tak sampai 2bulan lepas tu terus nikah 06/12/2019. Sekarang alhamdulillah,Allah bagi kami rezeki awal, tgah menanti cinta hati kami yg pertama inshaa Allah 👶🏻🤗🤗Doakan saya sepanjang tempoh mengandung hingga melahirkan dpermudahkan semua😊

Baca lagi
VIP Member

saya kenal dengan suami melalui mertua. saya & mertua kerja tempat sama. satu hari mertua masuk jumpa saya terus diletaknya gambar anak dia *terkejutt kite 😂* .katanya balik rumah buat istikharah mintak petunjuk. balik je rumah bgtau mak dulu..pendek cerita saya terima dgn hati yg terbuka, seminggu lps tu mereka berdua dtg rumah,kira merisik la. 2 bulan lepas tu bertunang, dan 4 bulan lepas bertunang terus nikah dan kenduri.sepanjang bertunang x pernah berjumpa hanya wasap sahaja. ramai tanya mcm mana begitu yakin terima suami, saya ckp ikut gerak hati. sepanjang tempoh kenal saya rasa tenang shj, dan urusan ke arah perkahwinan berjalan dgn smooth sekali, langsung tak terdetik rasa meragukan. skg baru saya percaya bercinta selepas menikah tu mcm mana rasanya 💕 #loveatfirstsight

Baca lagi
TapFluencer

Bertemu masa sekolah. Dia senior sy & budak baru. Adik dia 1 kelas dgn sy. Satu2 nya budak lelaki yg sentiasa wangi & kemas dkt sekolah. Wangi tu sbb bila lalu sebelah ke perfume dia mmg melekat dkt hidung. Boleh tau dah sapa yg lalu. Sebab dulu masa sekolah budak2 laki boleh dikatekan semua selebet selekeh busuk jeee..hahaha..so mmg xminat lansung tapi si suami ni lain sgt maybe dia budak baru. Rupe2 nya dia OCD. Hahaha. Kenal melalui adik dia lah yg sampai skrg jd bestfriend sy. Lepas 11 tahun kenal & bercinta, pasang surut hubungan bagai ujian dan dugaan, akhirnya kami pun berkahwin. Dan tahun ni masuk tahun ke 3 perkahwinan. Alhamdulillah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Dia lah suami, sahabat, kawan gaduh, segalanya dia. In sha allah. Alhamdulillah. #loveatfirstsight

Baca lagi