Sekadar meluah... Kalau ada nasihat yang boleh saya dapat.... Saya cuba ikut....

Selamat pagi semua... Saya nak tanya.. Saya masih dalam trimester 1. 9 minggu. Morning sickness sangat sangat teruk. Saya ada gastrik.. Kerap sendawa.. Biasanya advice untuk hilangkan loya adalah makan makanan masam.. Minum air oren.. Tapi saya tak boleh.. Saya minum air masak pun muntah.. Air ais buat perut sy berangin.. Tapi saya terpaksa minum air ais sebab tu je boleh telan dalam keadaan sy sgt lemah dan lapar. Tapi lepas tu memang perut berangin, pakej angin naik kepala, kepala sakit, tambah mabuk mengandung.. Memang tak boleh buat kerja.. Ubat tambah darah sangobion dengan zincofer dua2 buat saya muntah teruk seharian walau saya makan sebelum tidur. Ubat tahan muntah langsung tak berkesan. Saya penat muntah.. Penat terbaring je... Menangis juga kadang2 sampai suami kesian dan ajak saya pergi gugurkan kandungan.... Apa yang boleh saya buat...? #pleasehelp #firstbaby

46 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy juga ada gastric. Mmg kerap sendawa, kentut. Sy xdpt mkn benda masam mcm puan juga sbb kita gastric, nnti menempah je kalau mkn masam. Morning sickness sy juga sgt trok. Sy xdpt mkn nasi, mnum air kosong jg x lalu. Tiap masa jenuh nk pk nk mkn apa sbb xdpt telan mknn. Dgn gastrik, n loya kita risau kesihatan kita dan juga baby. Sbb gastrik, so avoid mknn goreng, lemak, bminyak, rempah. Masa tu sy dpt telan air kordial laici. Jd mmg itu je minuman sy. Itu pun kdg muntah juga. Mkn? Mmg x mkn sgt. Puan kena try n error mknn mana yg dpt msuk. Ibu mertua sy pesan, biar muntah ada mknn, jgn muntah perut kosong. Zincofer pun sy xdpt telan. Skrg sy amek yg iron tablet, vit c, vit B, Folic. Skrg sy 33 week msih juga muntah. Cuma x kerap. Kerana faktor sy gastrik, jd lebih mudah la angin bertandang. Dan mgkn sbb itu juga sy msih muntah. Suami sy kesian juga. Sbb sy hnya tlantar di katil je masa 4/5bulan ptama. 5 bln baru slow slow dpt terima nasi, lauk. Itu pun msih x dpt telan sgt yg rempah, berminyak, goreng. Mmg itu pantang org gastrik kan. Bila pregnant, gastrik kita akan lebih trok. Mmg kena jaga. Yakin la puan, Tuhan tahu kita mampu hadapi ujian ni sbb itu Tuhan bagi rezeki anak pada kita. Sy fhm perasaan puan. Sy juga turut rasa begitu pd awal dulu. Mampukah sy harungi morning sickness yg trok. Gastrik lagi. Pening kpla lagi. Ulang alik muntah. Puan mampu! Yakin la!

Baca lagi