Selamat hari ibu😇
Selamat hari ibu buat semua, ❤️Congrats buat semua ibu yang hebat🥰Hari ini sekali lagi saya terpanggil untuk kongsi cerita saya buat semua ibu. Saya ibu yg masih muda, saya sayang anak dan suami saya. Sampai kan saya terlupa untuk jaga hati saya sendiri. Sebabkan suami selalu ego dan sisihkan saya, saya jadi sangat sangat terasa. Untuk hari ibu hari ini, Mungkin saya bukanlah ibu dan isteri yang baik sampai hari ini saya rasa saya seperti sampah dilayan macam manusia yang tiada hati perasaan oleh seorang lelaki yang saya sayang dan cinta. Saya selalu mengharapkan dia boleh layan saya dengan baik tapi hampa. Buat ibu yang bernasib baik di luar sana jumpa lelaki yang baik dan terus menyangi anda, sentiasa ada ketika anda menangis kerana penat atau terasa hati dengan anda, sentiasa buat anda senyum. Anda sangat bertuah. Saya pon inginkan benda yang sama tapi mungkin saya tak layak. Doakan saya untuk terus kuat demi anak saya. Maaf saya tak de tempat berkongsi, Saya terpaksa berkongsi dengan anda semua. Bantu la mental dan diri saya. Terima kasih semua. Selamat hari ibu buat semua wanita yang bergelar ibu🥳 #keepstrong #ibuyangcubapositif



