Sekadar nak bercerita pengalaman. Sy baru 3 hari bersalin pada 36 weeks 2 days, emergency c-sec.
Sepanjang hamil, sy xde masalah darah tinggi dan juga kencing manis. Semuanya indah. Masalah lapar jer memanjang. ?
Ramai org bg petua, masuk trimester ke 3,kena kuat jalan,naik tangga dan sebagainya utk proses bersalin. Sy pun start buat bila masuk week ke 35.
Since kuat jalan, kaki mula bengkak mcm gajah. Mula2 surut bila naikkan kaki ke atas, tapi selepas tu dah tak berkesan. Tangan juga mula bengkak. Sy ingat sindrom biasa org mengandung.
Malam tu, sy tdo awal selepas isyak terus tdo. Terjaga bangun jam 12 tgh malam mula x dpt tdo. Sesak nafas,sakit kepala dengan kaki dan tangan bengkak habis. Sy mula panik sbb susah nak nafas. Then kuatkan hati pergi spital juga mlm tu. Sampai emergency, check bp 230/100++. Badan sy mula menggigil. Dr ckp sy kena pre eclampsia secara tiba2. Nak selamatkan baby dan sy terus lah operate.
Sy nak bgtau pre eclampsia ni boleh terjadi kepada sesapa sj yg masuk 3rd trimester. Dr bising kat sy, dia ckp tak semua org sesuai berjalan,senaman dan lasak2. Depend kepada body. Jadi kalau org petua u itu ini, tak semestinya u patut ikut.better bincang dengan Dr.
So moral of the story, berjalan bukan idea yg baik utk semua sebagai persediaaan nak bersalin. ?. Boleh menyebabkan plasenta menghimpit dan x dpt salur darah dengan baik