Sejak kebelakangan ni ramai sangat kt sini share yang mereka terlanjur dan lahir anak luar nikah. Saya disini bukan utk judge. Cuma saya rasa takut dengan dunia sekarang yg terlalu bebas. Zaman sekarang terlalu melampau. Nasihat saya korang yg terlanjur tu bertaubat lah dan jangan biarkan benda ini berulang kepada anak2 sendiri. Kesilapan itu boleh diubah dengan mengambil pengajaran sendiri. Jaga la batas pergaulan anak2. Sedih saya baca, dan sangat takut dengan dunia sekarang. Semoga Allah swt lindungi keturunan kita amin amin. Dan sekiranya korang yg terlanjur tu ,sila rujuk kepada jabatan agama tentang status anak tersebut. Jangan main nikah je, ini soal agama. Rujuk pada yg lebih arif tentang nikah ketika pregnant anak luar nikah . Banyak saya baca yg mereka terburu2 utk nikah,hidup harus berlandaskan agama.