Surirumah
Sejak jadi surirumah ni, rasa otak saya tepu, nak sembang dgn jiran pun macam dah tak reti. buat tak tahu nanti kata tak bergaul dgn masyarakat pulak eh. Jadi, mana2 yg menjadi Suri rumah apa yg anda buat supaya otak kembali cergas,aktif, fokus?

Saya pun SAHM. Dulu sebelum kawen, saya jenis yg hyper. Friendly & Happy go lucky suka menyakat org sekeliling. Kehidupan sebelum kawen mmg busy sbb saya bekerja dalam enviroment health. Jadi mmg bnyk habiskan masa dengan family (tambah-2 kalau dapat cuti 1hari mmg ddok rumah je, tak pergi mana. Nak keluar pun ikut mood). Tapi semuanya berubah selepas kawen, selesai je majlis kedua-2 pihak.. saya kena ikut suami balik ke penang. Terpaksa berjauhan dengan family & kawan-2. Selang 2bulan lepas majlis kawen, saya pregnant (alahan mmg teruk sampai 9bulan baru betul-2 ok). Tak expect akan pregnant awal sbbnya plan selepas kawen nak cari keje ditempat baru. Tapi takdir berkata lain. So selepas bersalin je anak first Feb last year terus sampai skrg saya stay kat rumah. Skrg anak first dah 1y5m. Mmg bnyk habiskan masa di rumah dengan suami & anak. Kalau husband keje, mmg berdua je lah dengan anak. Takde lah bosan sangat pun jadi sahm sbb dah terbiasa (sebelum kawen pun jarang keluar dengan kawan-2 sbb masing-2 busy keje). Kadang tu bukak lah apa-2 movie kat netflix ke YouTube ke bukak astro ke ataupun paling-2 pun scroll hp. Kalau anak tidur, saya pun tidur. Ahahahahahahahahahahaha. Buat keje rumah pun ikut mood (sebelum pregnant rajin bebenor mengemas rumah & masak). Lepas-2 ada anak ni, mengemas pun ikut mood (tambah anak tngh melasak, buat sepah sana sini). Masak pun kalau larat masak, kalau tak saya order ataupun beli je. Tapi kan, saya perasan yg saya jadi mcm introvert (tiba-2 rasa mcm tak reti berbual, tak nak terserempak dengan siapa-2, nak berckp pun rasa berat mulut. Kadang rasa mcm dah tak kenal diri sendiri). Rumah mertua tak jauh pun tapi ntah lah mmg suka habiskan masa seorang diri di rumah. Tak suka berjalan merayau pergi rumah org. Lagi satu, saya jenis suka berckp. Saya ni kalau berborak mmg tak ingat dunia tambah-2 jumpa geng sekepala. Kang takut habis segala benda saya cerita. Huhu. Maklum lah rumahtangga mana yg takde ujian. Jadi utk mengelakkan terlepas ckp atau terdengar cerita bkan-2 baik lah saya jauhkan diri & buat hal sendiri lagi baik. Paling happy kalau husband cuti panjang, saya tak ajak pergi tempat lain tapi saya ajak dia balik rumah family saya. Dapat jumpa family pun dah bersyukur sangat. Skrg tngh pregnant second baby & tngh layan alahan. Alamatnya kena ddok rumah lagi lah ni sampai anak first & second besar sikit baru nak cari keje. Mana thu, dengan saya bekerja & bergaul.. saya dapat ‘diri’ saya yg dulu. 🥹
Baca lagi