8 Balas

Sy pun x pandai masak, tp anything for anak. 1st mmg terlebih air la apa la, hari2 masak dah okay. Lagipun baby punya food x renyah. Sy akan masak sekali utk lunch & dinner. Lepas sy tengok anak sy berselera lagi semangat sy buat. Boleh refer tiktok ke bnyk cara / menu simple sy tengok dkt situ 😄 Paling basic :- Lunch / Dinner : beras, air, sayur, protein (boleh tumis bawang if nak bau2 sikit) / rebus pasta & sos (yg dah siap, boleh beli dkt kedai baby) Breakfast / Snacking : fruit pancake (masak guna unsalted butter, acuan guna telur, susu, oat, any fruit) atau oat, any fruit atau beli snack2 baby tu

Tak pandai bukan lah bermaksud tak pandai selamanya. Belajarlah 😊 Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya pun masa baru kahwin tak pandai masak. Hari hari practice tengok YouTube, tengok IG. Hehe Awak ada FB tak? Boleh follow happybabyfoodmalaysia. Ada banyak video, resepi, info untuk awak. Tapi kalau nak senang, awak boleh terus order ready cooked food untuk baby. Dah ramai orang buat. 😊 Siap ada pakej lagi.

masa anak pertama, sy tak.pandai masak utk baby. asyik bg nestum. lama2 anak jadi pickyeater. no 2 ni, saya belajar tgk youtube, tiktok..senang je. rebus2, buat sup..buat banyak,boleh frozen kan dlm bekas kecil utk brapa kali makan. cuba ya puan. insyalah bole jer. no salt,no sugar,no honey. tu je.

kesian anak. sblm ni bg mkn apa? ibu cuti xmasakkan utk baby? 9m tu dh blh mkn bubur biasa campur sayur dan ayam. memasak ni kena rajin. sy pun bekerja, perjalanan 1jam pergi balik...xde la pandai masak but still I prepare my baby a meal everyday before hntr ke pengasuh.

tak pandai masak? baby makan makanan yg paling senang sis. paling tak sedap sekali sbb takde gula garam.boleh belajar slow2, menu simple pun takpe asalkan masak sendiri. boleh join group hbfm kat fb, ada byk resepi sana 😬

saya pun selalu stress fikir nak masak apa untuk baby. sebab kat rumah memang jarang masak. jadi beli barang dapur masak untuk baby je. join fb page resepi makanan baby! sangat membantu bagi idea nak masak apa.

buat je, sup ayam kosong. Tumis bawang merah, dah naik bau, letak ayam + carrot, letak air. biarkan dia masak sendiri. pastu suap anak makan dengan nasi.

boleh follow fb hbfm happy baby food malysia. mcm2 resepi diorang share dlm tu. boleh belajar dr sana

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan