Wah, Bestnya! Ruang Bacaan Scholastic Reading Kini Dibuka Di Sunway Pyramid

Sebagai permulaan tahun 2020, pengedar dan penerbit buku kanak-kanak terbesar, Scholastic Reading secara rasminya menubuhkan ruang membaca di Sunway Pyramid. Ini adalah program pertama dalam negara ini yang bekerjasama dengan KL World Book Capital 2020. Ruang membaca Scholastic Reading ditubuhkan dengan jalinan kerjasama antara Scholastic dan Sunway Mall. Ia bertujuan untuk mendekatkan bonding mesra antara ibu bapa dan anak-anak. Ruang bacaan ini dilengkapi dengan buku keluaran Scholastic yang mendapat jualan terbaik meliputi semua peringkat umur kanak-kanak. Tempat ini juga menyediakan aktiviti bacaan dan workshop untuk mengalakkan satu keluarga membaca. Menurut Asia Vice President Scholastic, Selina Lee dalam waktu sekarang, ramai orang lebih suka bermain telefon bimbit berbanding berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh membiarkan anak membaca buku secara sendirian tapi dengan membaca bersama-sama ia mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dalam satu penelitian yang dibuat sebanyak 40 % kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun berharap untuk ibu bapanya membaca buku untuk mereka. Sementara 85 % lagi yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 6 hingga 14 tahun, mengharapkan bahawa amalan membaca buku bersama keluarga adalah sesuatu yang istimewa. Ruang bacaan Scholastic Reading ini dibuka pada orang awam bermula jam 10 pagi hingga 10 malam yang terletak di level 1, Blue Zone, Sunway Pyramid (berhadapan premis Tealive). Ruang bacaan ini juga mengalukan lawatan sambil belajar daripada sekolah dan institusi pendidikan sepanjang tahun ini.

3 Balas

VIP Member

mom pergi shopping, dad pergi bawa anak baca dekat sini 😉

VIP Member

bestnya boleh bawa anak ke sini

VIP Member

Wow! Menarik ni 😍😍

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan