Nak tanya selain scan biasa dan 2D.Apa beza scan 3D,4D dan 5D? minggu berapa sesuai scan 3d,4d,5d?

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apa beza scan 2D, 3D, 4D dan 5D ni ? Ok mai nak share sikit 👇 . SCAN 2D - Wujud sejak dari zaman 70-an lagi. - Gambar hanya dalam hitam dan putih sahaja. Jangan request nak ada colour had macam 3D/4D/5D plak sebab memang berbeza. 😂 - Digunakan untuk tengok bahagian dalaman baby seperti ukur lilit kepala, saiz otak, ukur lilit perut, kuantiti air ketuban dan kedudukan uri. - Tak boleh nak tengok bentuk muka baby. - Selalunya gambar scan yang doktor tunjuk di skrin susah mommies nak faham dan tak jelas. . SCAN 3D & 4D - Sebenarnya tak banyak beza pun antara scan 3D dan 4D ni. Bezanya scan 3D ni gambar adalah tidak bergerak. Scan 4D plak tunjukkan imej yang bergerak (real-time). - Warna kedua-dua scan ni biasanya kekuningan. - Berbeza dengan 2D, scan 3D/4D ni mommies boleh tengok bentuk muka baby dan bahagian-bahagian luaran lain. . SCAN 5D - Scan 5D atau HD ni sama fungsi macam 3D/4D. - Tapi dengan scan 5D, gambar lebih jelas dan real. - Bagi pengalaman baru kepada mommies untuk melihat baby dalam perut dengan lebih "dekat". Sebab 5D ni memang real (warna kulit pun seolah2 spt warna baby kemerahan) tahap macam baby tu ada depan mata 🍃 saya copy paste je. lepas tuh minggu yg sesuai 28w cun juga, baby nampak bambam sikit

Baca lagi