17 Balas
Saja la nk share cerita, adik nenek sy beranak 9 org. Sblm anak ke9 tu ada gugur sorg sbb terlalu rapat. yela org zmn dulu2. husband dia pun jenis mentaliti "anak tu kan rezeki". Ingat ya, anak mmg rezeki tp perlu disusuli dgn perancangan kewangan yg betul dan usaha dr ibubapa ya. Kesian ya dh susah melarat anak xckup makan minum dan pakaian. Ok berbalik pd citer td, lps gugur Dr dah nasihatkan dia utk jarak tp tetap degil dan termengandung lg. Akhirnya anak ke 9 ni cacat bedridden. Bergolek2 xdpt jalan berckp semua. Ditakdirkan suatu hari maknya pegi dulu. Adik beradik mana la sanggup jaga mcm mak sendiri jaga kan. Yg sulung2 semua da kawin. Tinggal hat adik2 pulak lelaki semua budak mentah masih otak nk enjoy bagai. 2,3 hari slps kematian mak, budak tu meninggal seorang diri dlm bilik air dgn x berbaju. Barangkali dia terjatuh dan tiada siapa tau. Allah maha adil utk adik ni pergi bersama ibunya. Overall kisah ni, anda boleh nilai sendiri masih nk bersalin rapat2 atau x. Dan sy punya mindset, fokus anak yg berkualiti bukan kuantiti itu lebih penting. Mcm akak kat bwh ni kata. Weyy sorg anak je pun belanja besar weyy.. tu blm takdir dpt anak OKU, Autism ke apa mcm anak sy. Nk hantar terapi sana sini semua duit tau. Bli pampers, susu semua tu dgn kos harga brg sekarang yg MasyaAllah, dgn nk handle sorg2. Sana nangis sini nangis, mak ni rasa nk belah2 badan bahagikan tugasan
Buat ikut kata hati awak la sis. Anak awak, sakit pening awk yg tanggung. Ada mak ok je taknak vaksin anak kan. Zaman dulu2 suah je kat dr bagi vaksin tak tanya banyak, hidup memasing. Tapi org blh argue dulu takde internet. Gitu lah. Yg vaksin, yg tak vaksin semua buat research sendiri. Tapi sy nak bgtau la sikit, jgn ikut pendapat orang saja. Fikir masak semasaknya sebelum buat apa keputusan untuk baby awk. Sebab nyawa dia tanggungjawab awak, bukan kami. Jadi make sure you got no one to blame lah including yourself. U buat keputusan, u tawakkal. Apa pun keputusan you. Pasal beranak rapat2 tu pun atas awak. Kalau badan awak mampu, no hal. Czer ke normal. Again, Think through. Sebab kalau apa2 jadi kat awak, impact dia kat keluarga dan baby awak. Jadi tanya dan observe badan sendiri. Taknak ambik perancang tak apa, tapi before mengandung pergi check dulu badan awk mampu ke tak mampu. Especially czer lah ya. Tapi kalau mcm awk ni normal episiotomy ok la kot ek. Check your mental wellbeing juga. Jgn nak samakan dgn zaman mak2 dulu yg beranak rapat ya. Lain sis zaman dulu dgn sekarang cabaran dia. ✌🏻
birthday anak sis sama dengan saya 🤭😝 nak vaksin atau tak tu hak peribadi. bukan hak kita, tapi hak anak. jadi study betul2, bincang betul2 pros & cons dengan suami. kalau betul2 sis rasa yg vaksin tu bawa lebih banyak mudharat dari kebaikan, dan sis ada ikhtiar lain untuk jaga kesihatan anak, inshaAllah sis dah tunaikan hak anak kat situ. dilarang beranak rapat2 tu banyak faktor. mainly, pregnant 9 bulan, bersalin, menyusu, semua tu bagi impak sangat besar kat badan kita. 2 tahun yg doktor suggest tu untuk bagi masa badan kita heal dulu sebelum pregnant yg seterusnya. kalau sis nak juga beranak rapat, kena plan betul2. jaga pemakanan, regular exercise untuk bina semula otot, jaga stress level sleep cycle etc. semua tu akan bantu speed up healing and prep badan untuk next pregnancy. selain tu suami pun kena main peranan besar, plan strategi mcm mana nak urus anak etc nanti. tak ada masalah buka buku pink kalau anak tak ambil vaccine. sebab kerajaan tak wajibkan vaccine, and KK/hospital gov tak boleh reject patient.
1. kenapa taknak ambik? kesian anak nanti kalau kena penyakit yg sepatutnya dia dapat vaksin masa bayi. 2. hak awak utk ambik perancang ataupun tak. takde sape boleh paksa. 3. kenapa sebaiknya jarakkan kehamilan? - utk anak yg baru lahir dapat kasih sayang sepenuhnya - utk ibu pulihkan badan sepenuhnya - utk anak dalam kandungan dapat nutrisi yg sepenuhnya bayangkan ibu alahan, anak kecik meragam, ibu tak cukup rehat, ibu stress, anak dalam kandungan mcm mana? risiko utk baby dalam kandungan & risiko utk ibu sendiri. takde orang nak halang sesiapa utk beranak setahun sekali. cuma Dr² nasihatkan utk jarakkan kehamilan atas faktor risiko ibu dan anak dalam jagaan dan dalam kandungan tu sendiri. so fikir2kan lah ye. keputusan tetap awak yg buat. 4. takde masalah pun nak buka buku pink. cuma nanti kena Tanya la kenapa tak ambik vaksin sekian2. jawab jela awak taknak. setel
anak sy yg sulung ambil full vaksin selalu sakit² n kena ekzema teruk.. anak yg last ni lagi 3 bulan cukup umur 2 tahun..hanya ambil bcg waktu lahir n lain² vaksin semua sy tolak..pernah demam 1 kali je waktu umur 3 bln.. alhamdulillah sampai skrg ank kecil sy sihat je n takde ekzema..
Saya pun tk vaksin anak pertama saya , skrg usia dia 1y4m .. checkup dia masa sebulan je lpstu sy dh tk bawa ke kk dh .. saya pun tk amik perancang juga , bersalin first secara e-czer.. Skrg tgh preg 34w ank kdua , masa buka buku pink misi/doc kk tkde bertanyakan pun ttg vaksin atau rekod ksihatan ank pertama. kalau bab beranak rapat tu sbb dorg nk suruh kita fokus penyusuan ank tu klau boleh smpai 2thun .. dgn bagi perhatian/kasih syg secukupnya la sbb dia masih kcil kan Tapi berbalik pada kuasa Allah lah kan kalau pakai perancang pun ada juga yg mengandung , bkn perancang tu 100%berjaya.. Kalau preggy lagi jalani je mcm biasa inshaAllah Allah tkkn bagi kalau kita tk mampu , sbb Allah thu kita mampu lalui lah Allah bagi .. think positive je dan sntiasa dptkan support husband/family.. yg negative2 tu abaikan je
@Tanpa Nama ats komen saya ni.. sbb tu ibu ni preggy 34 weeks & anak 1st baru 1y4m 😅
Saya xnk komen pasal vaksin. Saya cuma nk share.yg Saya pun xambik sebarang perancang. Sbb dri Awl2 kawin Saya n suami mmg setuju utk xambik perancang. Macm sis juga, Saya fikir Saya nk beranak dulu time muda ni. Lepas ni boleh fokus Besar kan anak. Tapi. Saya xrancang nk anak ramai pun. Anak sulung umur 1t5bulan.skrg tgh pregnant 5 bulan.Saya mmg nk anak rapat utk sulung n kedua. Kalau dpt sepasang pun jadila. Walaupun Saya bersalin Normal, time pregnant pun xde masalah kesihatan. Tapi lepas beranak anak kedua ni. Saya nk rehat 2 3 tahun dri mengandung/bersalin. Fokus besarkan 2 beradik ni dulu.. Kenapa kita di Larang beranak RAPAT? Utk pulih dalaman. Stabil kan emosi. Tu yg Saya faham. Lainla time pantang kita mmg pantang 100% ikut org dulu2.(cepat pulih).
Klau ank sakit ap2 jgn slhkn doc sbb sendiri yg x nk amik vaksin..doc x bg beranak rapat supaya emosi ibu x menganggu dpt rehat yg cukup,rahim dpt masa untuk penyembuhan sepenuhnya,doc kdg bising sbb ibu bnyk komplikasi mcm drh tinggi,kencing manis,tumpah drh..tu dh susahkan doc n diri sendiri..tp Klau dlm masa preg tu x mslh ap smua n tiber2 terpreg lg x de mslh pun..mcm sy ank 8m sy terlekat lg ats faktor rancang sendiri n terbabas..n mmg kalini bnyk komplikasi hb sy low manjang..ulang alik klinik bnyk kali n mental pun x brp ok x cukup rehat ank plk tgh lasak dgn perut membesar tgh tunggu hri nk bersalin je skrg..sbb tu Klau blh doc galakkan supaya jarakkan kehamilan pling2 2 thn
1. Mencegah tu lebih baik dari merawat. Vaksin tu sendiri salah satu primary prevention dari segi penyakit. betul doa tu penting, tapi usaha kita untuk elak anak dari penyakit kene fikir jugak 2. boleh nak rapat2 tapi kene faham yg rahim kite pon boleh burn out same macam kalau kite pakai kasut selalu. rahim boleh rupture (pecah) and nyawa ibu dalam bahaya. badan org lain lain, mungkin ada yg ok. ada yang tak ok. ape ape pun sentiasa doa kat Allah ape yang terbaik. kita merancang Allah sebaik baik perancang. enjoy your motherhood journey sis ❤️❤️❤️
sy pun x ambik sebarang suntikan utk anak sy. perancang pun saya tolak. skrg sy pregnant 7 bulan. anak 1st umur 1t7b. sy mcm awk la, sy nk beranak rapat atas faktor usia suami yg dh semakin lanjut. tapi lepas sy pregnant sy bru sedar anak sy x dpt kasih syg secukupnya. anak sy begitu rapat dgn sy. semakin hari sy rasa semakin bersalah bila tgk air muka dia. cuma sy boleh suggest better jarakkan sedikit kehamilan. tunggu anak dh besar sikit dah pandai bercakap dan faham bru sis boleh plan utk 2nd child.
baik, sy dh trauma khilngan bby sy. mgkin stgh2 bby dia ok ngn vaksin yg dbrikan.
anak saya 1y9m, saya tk pernah ambil apa2 perancang & belum pregnant lg setakat ni. anak 2 atau 3 tahun nanti baru nak ttc. tp sy tak pernah miss vaksin anak dr baru lahir sampai 1y6m, dan masih continue appointments dgn kk utk pantau perkembangan anak. nanti buku anak nak simpan lagi2 part vaksinasi tu utk persekolahan anak❤️ mommy dah cuba utk ikhtiar jaga anak dr macam2 penyakit yg sekarang alhamdulillah terkawal ni, semoga terkawal & terhapus semua penyakit2 yg terkawal ni nanti
Anonymous