Mil sis lebih kurang dengan mil saya. Saya pun kerja stabil ada pendapatan tetap, boleh berdikari, in short boleh jaga anak lelaki dia. Tapi benda tu tak cukup menyenangkan hati dia.
Ada sahaja cerita yang dicanangkan merata-rata.
Dia suka jaja cerita keburukan saya dekat adik-beradik dia. Tak tahu lah manusia jenis apa. Tak tahu malu dan tak reti bersyukur agaknya dapat menantu yang tak menyusahkan sesiapa.
Deposit rumah sewa = saya bayar.
Katil = saya beli
Peralatan dapur = saya beli
Rumah banglo= saya beli dan saya bayar. Sama macam sis.
Saya sanggup berjauhan dengan ibu saya yang masih memerlukan perhatian saya demi nak ikut anak lelaki dia. Takde lah saya nak paksa anak dia tinggal berdekatan dengan ibu saya supaya saya boleh jaga ibu. Takde. Saya redha sahaja anak lelaki dia masih dekat dengan dia.
Tapi dia ni tak tahu malu. Kalau saya di tempat dia, saya malu nak bercakap dengan menantu saya yang serba serbi ada dan tidak berkira bila anak lelaki saya tak mampu menyediakan semua.
Tapi dia, habis buruk saya dia cerita kat adik beradik dia walaupun kami tidak tinggal sebumbung.
Saya biasa juga pergi rumah keluarga besar suami saya. Tapi oleh sebab saya tak berapa gemar berbual dengan mil, saya banyak berbual dengan mak-mak saudara suami saya. Mereka semua baik, cakap lembut-lembut dan takde nak canang pasal anak mereka ke apa. Semua pandai simpan cerita peribadi.
Betul lah orang kata. Kalau kita bagus sangat pun tak kena, orang akan tetap cari salah.
Kalau saya tahu saya takkan pilih untuk berkahwin dan jadi menantu sesiapa walaupun saya ni boleh kata menjadi rebutan makcik-makcik untuk dijadikan menantu.
Saya tak pernah mengadu perangai mil saya kepada sesiapa. Saya menangis sorang. Suami saya pun tak tahu saya banyak makan hati dengan mak dia. Untung sis suami faham dan sanggup pujuk sis. Saya ni takut nak bagitahu suami takut dia kecik hati dan saya tahu dia akan backup mak dia.
Saya hari-hari fikir nak berpisah sebab saya tak suka mil, saya benci perangai mil tapi saya tak sanggup berpisah dengan suami saya. Kami dah lalui macam-macam bersama. Susah, senang dan macam-macam.
Saya bertahan dalam rumahtangga atas kasih sayang saya kepada suami. Dan suami saya menjadi tempat saya bergantung bila emosi saya rapuh.
Semoga jodoh kami masih panjang walaupun saya benci dan meluat dengan perangai mil saya. Saya masih hormat atas dasar dia ibu yang lahirkan suami saya. Selain tu, she doesn't deserve any kind of respect from me.
Anonymous