Perancang lepas bersalin.

Saya tengah berkira-kira nak ambil perancang lepas bersalin nanti, blh tak mommies share apa perancang yang sesuai. Masa anak pertama, kami merancang sendiri, suami buang luar dan kami pakai OPK & kalendar. Alhamdulillah anak sulung 2y6m baru mengandung lagi. Kiranya berhasil merancang cara macam tu. Tapi utk anak kedua ni, saya risau takut cepat lekat. Sbb memang rancangan asal kami, lepas 2 anak, kita nak rehat duluuuu. Memang nak avoid betul2. So nk ambil perancang. Soalan, perancang apa yg tak perlu suami buang luar, x perlu ikut kalendar, sbb sy kesian suami sebenarnya, kaedah yang dulu dia dah byk kerjasama, buang luar dan ikut timing,so ingatnya bila ambil perancang, kami nk perancang yang bolehkan kami bersama tanpa takut2, tanpa perlu fikir nak lepas luar, tak perlu takut2 nak kena check kalendar. Ada tak yg macam tu? Kalau cucuk depo tu boleh ke?

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis boleh saja ambik perancang dgn makan pil perancang setiap hari @ cucuk depo setiap 3 bulan @ guna iucd untuk 5 tahun. Kalau makan pil & cucuk depo nie mmg akan ganggu hormon kita la. Awak boleh try n error yg mana sesuai dgn awak.