Suri rumah Ingin meniaga

Saya surirumah anak 3 . Saya nak meniaga kuih . Tapi suami tak bagi . Dia kata memenatkan . Anak kecil2 lagi . Sempat ke buat kuih . Nanti dapat berapa je. Lain lah gerai sendiri. Saya rasa Macam dia nak merendahkan saya . Sebelum ni pun saya ada buat jual kuih tapi dia ada tolong saya. Kami jual gerai sendiri. Sekarang ni dia dah kerja so saya yang nak meniaga letak kat kedai orang, memang agak memenatkan jugak walaupun time tu anak kecil 2 . Dia risau saya penat yelah anak2 pun masih kecil lagi. Saya cuma nak Bantu dia tambah untuk bayar apa yang patut. Kadang kami tak cukup. Tapi bila fikir apa yang dia kata tu Ada betul juga . Anak kecil2 takut tekejar Nanti . Rumah jangan cerita bersepah Nanti. Anak kecil tu menyusu badan lagi baru 2 bulan. Kak ipar saya pun suruh jaga je anak2 dulu. Tapi saya nak rasa duit sendiri. Kadang tengok orang lain beli pakai duit sendiri . Jadi tak best saya pun ada keinginan sendiri. Sekarang ni income saya hanya dengan tiktok affiliate sahaja. Saya rasa down dengan diri sendiri sebab tak dapat nak cari duit and tolong suami.Orang lain semua senang and boleh tolong suami. Boleh beli apa je yang dorang nak tanpa tunggu and izin suami.

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy pun dlm situasi sis, lagi stress bila mil dok sbok tanya tknk keje ke ad ijazah, bukan tknk keje cuma anak lagi penting, srnok tgok dia mmbesar depan mata, tak smpai hati nk hntr pgasuh ,ank sgtla baik tk meragam lgsg ,sy pun tggu masa yg sesuai nk keje ,suami pun tak kesah ,sy tgh usaha cri sesuatu utk keje dirumah sje

Baca lagi
3y ago

Betul itu . Kalau kita nak belanja ni fikir 10 kali kalau nak beli barang Satu. Betul cakap awak aggp Satu Cabaran allah nak bagi pahala . Jaga anak sendiri pun dapat pahala.