tergelincir
Saya sudah mngandung 8week . Tadi pagi saya ikut suami dan ayah mertua saya ke kebun belakang rumah . Masa berjalan untuk turun dari batas saya tergelincir dan jatuh terduduk . Selepas jatuh saya terasa sesak nafas sekejap , dan ari² saya ada sakit sedikit . Tapi tiada turun darah . Adakah saya kena pergi ke hospital atau jika ada turun darah baru terus ke hospital . Saya bertanya dan mahukan jawapan yang positif bukan jawapan yang kecam dan menjatuhkan . Terima kasih ?
![undefined profile icon](https://static.cdntap.com/parenttown-prod/profile_15637872962857.jpg)
Pengalaman saya. Saya pernah jatuh motor, style terbaring meniarap macamtu tapi senpat cover perut guna tangan. Time tu saya dh 22minggu. Tiada pendarahan time tuu, tapi sebab saya risaukan kandungan saya. Saya pergi hospital utk check. Alhamdulillah bby ok. Cuma saya kena tahan kat hospital, kena pantau kat ward setiap 4jam dgar jantung bby. Sebab dokter risau kan bahagian dalaman walaupon nampak luaran takde apa. Even sebenarnyaa ok dh, tapi still dokter nak pantau. Esoknya baru dpt discharge.
Baca lagiSis. Even terjatuh sikit pon, u have to go to the hospital.. Kena check bahaya kat baby.. Pergi lah sis.. Jgn tggu darah turun.. Sy ada kawan yg gugur waktu tidur, mengigau jatuh katil xsedar.. Esok pagi bangun baru sedar ada kat bawah, tapi x check..petangnya baru terasa sakit yg amat sgt tapi tak keluar darah pon, husband dia bawak terus pergi hospital dan bby dh takda.. Jaga diri ya sis.. Baik2 buat kerja tu..
Baca lagibadan sis so sis tahu la rasa mcm mana. kalau rasa ok je tak payah la pegi. kalau rasa mcm risau sila lah pergi. ktrg taktau keadaan awk. yg jatuh nya awk. better pegi la kalau dah risau. kalau rasa tak perlu tak payahlah. 😁
Kalau sis risau better pegi hospital cek.. walaupun tak de turun darah tp kita tak tau kn dlm perut mcm mana.. lgpon kandungn masih awal. Kalau pegi cek tak de pape baru lega sbb kita tau keadaan baby mcm mana 🌷
Sy 9weeks jatuh d tanah dengan lutut....hbis bha bedarah lutut nasib perut x de apa2 syukur semua baik2 ja 27weeks dh
sy pnh jtuh b'diri msuk dlm longkang besaq ,xdak pndarahan ka apa ,time tu preggy 3m ,alhamdulillah baby ok
Sis pergi hospital la sis. Untuk confirmation. Semoga semuanya dipermudahkan 🤗
semoga semuanya baik2 aje ye sis..
Pergi hospital sis..utk kebaikan
Segera ke hospital sis.