Luahan perasaan

Saya stress kenapa tak pregnant lagi..Orang sekeliling senang je bunting pelamin. Tahun ni dalam keluarga saya 3 org menanti baby. Kenapa bukan saya. Sampai sekarang saya x bagitahu suami diorang hamil. Takut suami kecewa. Saya dah masuk 4 tahun belum ada tanda. Hari² pikir lepas tu kena hadap dengan sindir sinis orang sekeliling. Rasa sunyi je rasa rumah. Dulu bela kucing untuk hilangkan sunyi. Tapi di sindir pulak dgn org. Bela kucing je anak xda. Awal² dulu okay la duduk berdua dgn suami takda anak main dgn kucing²..tapi sekarang bila suami balik keja tengok dia macam xde semangat. Tiada sambut dari ank kot mcm org lain. Kami bukan org yg bduit mcm org lain buat yg xde anak pergi holiday selalu. Tak tahu nak hilangkan stress macam mana saya hanya mampu menulis disini. Macam² cara saya cuba. Mungkin bukan rezeki saya lagi. 😔

71 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sis sabar ye, jangan mudah mengalah apa yg sekeliling katakan. Allah akan beri bila tiba masa yg tepat. Macam sy 6 tahun lepas, kahwin terus lekat, baru nak bersama hidup dah ada kehadiran si kecil yg sgt2 beri kami cabaran. Menjaga anak kecil pun bukan mudah, pernah juga kami berselisih faham atas faktor anak sahaja. Kadang2 kehadiran anak bukanlah faktor kebahagiaan, yg utama adalah tanggungjawab sesama suami isteri, bagaimana boleh mengharungi setiap hari dengan rasa bersyukur. Alhamdulillah, kami semakin dewasa dan semakin matang dalam membentuk keluarga. Jika kita sentiasa bersyukur, percayalah, Allah akan mempermudahkan urusan seharian kita. Sekarang ni kami baru dapat tahu kehadiran anak kedua kami, baru je 11w. Dan kami ingin jadi ibu bapa yg terbaik dalam menjaga anak kecil lagi. Yang penting sebelum ingin menimang cahaya mata, kita perlu mempersiapkan emosi dan fizikal kita, kerana ia nampak mudah, tapi percayalah, 360 darjah life kita akan berubah, sama ada kita boleh menanganinya ataupun tidak. ❤️

Baca lagi