145 Balas

VIP Member

awk....sy ni 7x dah bersalin...tiap kali nk bersalin mesti aim swasta....tp suami xmampu..dan bila sy pikir blk takat 2hri 1 mlm kena 3k baikla 3k tu dia bg kat sy😅😅 itu cuma kehendak..bkn keperluan...kita ni kena bykkan bersyukur dan berhenti tgk kehidupan org lain yg lebih baik dr kita...supaya rasa cemburu iri hati tu xde..kena byk2 bersyukur br la kita ni blh terima apa adanya tanpa rasa mengeluh dan redha

4k utk teran je kat swasta duduk 1mlm. 10k-12k kalau kena czer. 4k awak rasa mampu, tp kalau tetiba kena czer sbb poor progression, awak rasa mampu tak 10k-12k tu? belum lg ada complication la, ambik vitamin tu la vitamin ni la. Lebih baik ambik cl. org jaga awak gila mantap bawah 5k. ukur baju kat badan sendiri awak. jgn marah suami tak mampu. Awak pun takde duit sendiri. sendiri pun nak kumpul 3k separuh maut.

Hi sis.. sy first mom jugak, tp sy x pernah nk bersalin dkt swasta sbb sy tau mmg sy byk prob dlm masa pregnancy.. so sy lebih percaya hosp gov atau fpp mcm host putrajaya.. hosp gob byk pakar tau sis.. klu swasta xde pakar dia akan tolak ke gov jugak, tp byran rate swasta.. so sy rasa sgt x berbaloi.. better sis tukar cara pemikiran.. gov pon okey asal selamat bersalin dan baby pon selamat.. good luck sis..

Saya faham perasaan sis. Saya pun 1st time mom, bekerja, dan saya pun teringin nak bersalin swasta. Tapi, saya just fikirkan banyak duit nk pakai kalau bersalin private hosp. Siapa je tak nak keselesaan semasa bersalin, toilet bersih, husband boleh masuk utk teman, makanan sedap, etc. Tapi, saya rasa akan menyesal habis duit beribu utk paling kurang 2mlm kt hosp. Baik spend duit utk cl. Lagi better.

hi sis , saya pun mcm tu dulu fikir nak di swasta tapi dari segi ekonomi tak mampu , cuma satu jangan ego . tanam kan dalam diri yang bersalin dekat hospital krjaan x seburuk yang disangka . fikir yang baik" , inshaallah hati terbuka utk hospitl kerajaan . and skrg saya pilih utk hospital kerajaan , tapi saya tetap akan pilih kelas 1 atw 2 . sebab suami saya kata dia mampu klau setakat 1k kbwah

Ikut kemampuan sis dan suami. Kalau suami tak mampu, tp sis mampu dan nak sgt swasta, why not sis yang keluarkan duit bersalin swasta. Suami keluarkan duit untuk benda selepas bersalin. Fair jugak. Kalau dedua orang mampu, sama2 la menabung dari sekarang. Tu jela. Lepas bersalin, anak kuning lagi. Kalau swasta harga dah ribu satu malam warded baby. Kalau gov tak sampai Rm50. Kena pikir jauh sikit.

Jangan makan hati sgt suami cakap dia tak mampu. Dia pun sedih tak dapat bagi apa dia janji. Tp kita kena cuba faham dan olah mengikut keadaan. Apa yang dia mampu, let him settle all. Kalau bersalin swasta sgt penting untuk sis macam cross bucket list or peace of mind, then sis saja la keluarkan duit sendiri bersalin swasta.

Pada pendapat saya, ikut kemampuan sis sekeluarga. Hospital kerajaan pun ok. Kos bersalin tu baru satu bab. Ada bab2 lain lg selepas ni y memerlukan wang untuk keselesaan dan kelangsungan hidup sis sekeluarga bersama ahli baru. Jika sis nak lebih sikit dan sis ada di lembah klang, cubalah ke semi gov. Awal tahun haritu saya bersalin c sect anak pertama di HUKM. Not bad juga servisnya.

Bagi saya lah yang baru je bersalin swasta, bukan saya nak kata menyesal or apa. Tapi bagi saya better saya bersalin gov sebab lepas bersalin ternyata lagi banyak nak pakai duit. Dari invest ke hospital swasta, baik invest dekat quality CL untuk jaga kita masa pantang. Betul saya cakap. Sebab yang stress nya bila dah bersalin. Bukan time waktu nak bersalin. Better invest after.

ramai je yg bersalin hospital kerajaan selamat ibu dan baby..xde masalah pun lg pun teknologi sekarang tak mcm dulu..kalau duit cukup² makan je jgn lebih2 sis..lepas bersalin lg byk nk guna duit. lagi bertambah sakitnye kalau x cukup duit. doa yg baik² biar mudah bersalin..org tua² kata kalau kita lebih2 meminta pun sukarkan proses bersalin jgk..hormon terganggu stress

better ambil hospital gov jer, x ada apa masalah cepat dapat balik. dan duit pun jadi saving, lepas bersalin percaya lah lagi banyak nak guna duit.atas dasar pengalaman sy tgk kekwn bini2 nk sngt bersalin swasta smpai snggup pnjam duit adk bradik, ble da bersalin mcm2 dia nak kena byr terus jd gaduh..klu sy kesian kan sang suami fkir pent lelah dia nk cri duit itu jer..

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan