Suami tak faham trauma saya

Saya sangat trauma nak bersama selepas bersalin. Saya bersalin induce 2 kali, jahitan banyak sangat sebab anak pertama,pengalaman tahan contraction induce 14 jam sampai sekarang Masih terasa lagi trauma dia tapi suami tak faham yang kita tak ready lagi nak bersama, saya sampai menangis sebab suami tarik muka dengan saya. Saya dah bagitahu tunggu la saya ready, bukan dia je ada nafsu,saya pun ada tapi saya trauma membayangkan rasa bekas jahitan tu. Macam mana saya nak bagi suami faham? Saya penat nak nangis pasal benda ni.. baru 45hari ,saya perlukan masa.. 😭💔

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

bincang elok-elok, ajak suami berborak kat sebelah. bagitau perkara sebenar, sambil tu tunjuk mana2 gambar jahitan bawah tu supaya dia tahu. pada masa sama pujuk dia untuk buat cara lain. faham sangat kalau dah trauma ni, sakit. kita tolong buatkan untuk dia pun cukup dah, buat yang ringan. lelaki susah nak faham sebab dia tak tahu, sebab tu kita kena educate dia. masa saya dulu, letak ubat kat luka tu memang suruh suami yang sapukan. sebab saya nak dia nampak depan mata luka tu macam mana, biar dia bayangkan sendiri kalau luka tu terkoyak semula.

Baca lagi