Normal ke Baby 9bulan tp belum pandai duduk & merangkak lagi?

Saya risau sgt bile tgk anak sebaya dia dah pandai merangkak & duduk. Saya jd sedih bile ade org banding2 kan. Esok ade checkup dia untk 9bulan, saya risau kalau kene refer dgn doc sbb belum pandai duduk lg. tlg bg kata2 semangat dkt saya 😔 #firstmom #firstbaby

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Insyallah lama2 nnti Dia pandai sis. Kena encourage Dia. Buat skli dgn Dia Anak saya,1Y2M mengesot, umur 1Y4M baru pandai duduk sndri, 1Y5M Baru nak merangkak betul ni sekarang 1Y7M Baru nak meniti and panjat2. Cuma sekarang saya menunggu Dia berjalan sendri je n bercakap pun still babbling. Saya da jumpa pakar, physio semua normal untuk Anak, Cuma lain budak lain growth chart Dia. Yang penting Jgn Cuba comparekan Anak Kita. Yang paling penting, kesihatan Dia. Saya pun Ada Anak buah sebaya Cuma lewat 2 bulan lahir. Tapi Anak buah tu, semua da pandai. Even bercakap pun. Hati ibu, mesti Tertanya kenapa dgn Anak Aku ni kan, kenapa budak tu semua da pandai. Percaya la, ni semua Ibu yg Anak lewat sikit, mesti akan ckp Dlm hati. Ibu encourage Anak, pekakkan telinga, butakan mata. Buat apa Yang terbaik untuk Anak for now.

Baca lagi

sedihnya bila anak2 kecil kene banding2 ni.. bukan diorg boleh buat ape2... saya ade sorg anak, tp Allah kurniakan dia cepat dlm perkembangannya. tp saya x suka kongsikan kt org, usia sebenar dia. saya xnk ade mak2 membandingkan dgn anak mereka.. sbb semua org berbeza kan perkembangannya. semua kanak2 ade kelebihan masing2. kalau doktor sis ade cek anak n cakap normal je perkembangannya..tak perlu risau tau. nnti lama2 pandai juga. kalau x normal pun jgn risau, doktor boleh tolong dan lakukan intervensi awal. janji, anak sihat. anak aktif. fokus bantu anak n jujur je jika ade sebarang kerisauan. xperlu malu2 dgn nurse, doktor atau dgn org lain jika perkembangan anak sedikit lambat.

Baca lagi

Normal je kot sis x prlu risau k, perkembangan ank2 ni x sama, ada cpt ada lmbt... Sis boleh ajr ank sis dudk... Cth blikn kusyen bby tu bg dia selalu duduk,insyaa Allah lame2 nnt dia pndai duduk... Ank sy y first perkembangan dia memg x ikut urutan...lpas mengesot dia merangkak...lpas dia pndai jln bru nk reti dudk...😅😅😅,jgn risau n jgn pk ape org ckp, ape y kurang pd ank kita, kita bleh ajr diorg sbnrnye...

Baca lagi
TapFluencer

normal je sis xsemua anak sama boleh je tanya nurse atau doktor masa checkup mcm ank sulong saya ri tu pun saya takut dn terus tanya doktor masa check up sbb anak saaya cepaat sangat jalan 10bln dia da boleh jalan tanpa pegang doktor kata normal sbb mungkin perkembangan dia cept 😅

VIP Member

Hi, Puan. Normal sahaja. Perkembangan baby lain lain. Lagi bagus refer dengan doktor. Inilah masanya untuk Puan ajukan pelbagai soalan. Boleh hilangkan kerisauan Puan. Part perbandingan tu, ambil pendekatan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, jangan simpan di hati'.

normal sis.. lain ank lain perkembangan dye ☺️ mcm ank sy lambat berjalan dah setahun lebih still merangkak lg.. duduk pastu merangkak baru berjalan.. meniarap takde pulak 😅 ni dah 2 tahun bercakap pun tak lg.. keluar bahasa alien je 🤭

TapFluencer

Hai. Lain anak lain fasa perkembangan. Boleh je dapatkan nasihat nurse. Kalau anak saya duduk awal juga tapi merangkak 10m baru start merangkak then 11m berjalan. First mom memang akan selalu banyak benda risau.

TapFluencer

It's OK jumpa doktor, at least dpt nasihat drpd orang yg betul. Tanya lah soalan ni pada nurse dan doktor, at least klu Tak normal, dapat juga pantauan awal.

Xpe sis. Pelan2. Dan cuba tgk apa support sis boleh buat utk bantu progress anak. Besarkan anak ni bukan perlumbaan. ☺️

maaf saya tumpang tanya. macam mana baby sis makan ya kalau belum pandai duduk?

1y ago

beli kerusi bby.. walker pom boleh tp tak digalakkan.. ats ibu bapa