6 Balas
OVERSUPPLY Soalan ni banyak ditanya akhir-akhir ni. Dalam masa ada ibu-ibu yang risau susu sedikit, ada juga ibu yang tak selesa dengan oversupply. Apa itu oversupply? Satu keadaan di mana penghasilan susu melebihi keperluan bayi. Biasanya berlaku bila ibu sudah mula memerah secara berlebihan dalam pantang dan ibu tak pasti hala tuju 'memerah' itu sendiri. Biasanya oversupply ni untuk mengurangkannya sebaiknya dapatkan kaunseling bersama kaunselor dahulu. Bukan apa, kerana ada ibu yang main guna sahaja tips nak kurangkan masalah oversupply, end up merana pula dengan masalah blocked duct yang terus sampai ada yang perlu menghadap mastitis. Sisi gelap oversupply ni ramai orang tak cerita ya. Yang pernah menanggung sahaja tahu bagaimana rasanya. Tips ni tidak terpakai kepada semua orang kerana ada ibu yang oversupply dan ada blocked duct juga. Namun ada beberapa langkah yang ibu boleh lakukan untuk mengurangkan masalah oversupply ini dengan selamat. 1. Teknik marmet Jika ibu masih dalam pantang dan memerah susu, cuba gantikan sesi perahan menggunakan pam dengan perahan tangan (marmet). Lakukan sehingga breast rasa lembut. Kenapa tak perlu guna pam? Sebab bila pam biasanya akan ambil masa yang lama dan akan menghasilkan permintaan yang tinggi pada penghasilan susu. 2. Pendekkan masa memerah Jika ibu tak mahir memerah dengan tangan dan sudah terbiasa pam susu, pendekkan masa memerah secara berkala. Contoh selalunya memerah 30 minit, pendekkan kepada 20 minit. Lepas dah selesa, pendekkan kepada 15 minit sehinggalah ibu rasa dah tak perlu perah lagi. Buat secara berkala ya, jangan drastik sangat. Sampai ibu rasa berbeza sedikit dari sebelumnya. Mungkin ambil masa 1-2 hari. 3. Kurangkan sesi memerah. Sebaiknya buat teknik pendekkan masa secara berkala itu dulu. Baru kurangkan sesi memerah dalam sehari. 4. Block feeding Teknik ini sebaiknya dilakukan dengan bimbingan kaunselor kerana bimbang jika ibu alami saluran susu tersumbat. Teknik ini dilakukn dengan menyusukan bayi menggunakan breast yang sama untuk 2-3 sesi penyusuan. Kemudian barulah ditukar dan diulang semula kepada payudara sebelah lagi. Tujuannya adalah untuk meningkatkan hormon penghalang susu (feedback inhibitor lactation hormone) pada payudara dan mengurangkan penghasilan susu. 5. Tuam sejuk payudara Tuam sejuk bila ibu rasa tak selesa dan cuba marmet sehingga lega bila payudara terasa cepat penuh. Semoga bermanfaat. Nad Masrom Kaunselor Laktasi
Mcm saya mmg baby dari lahir saya bagi directfeed je tapi haritu saje beli pump in case perlu. So saya saje je lah try sbb baby mmg feeding one side je. Then one side saya df one side saya pump. Tiba2 lately ni breast cepat full and bengkak . Baby pulak one side je mmg dah cukup 4oz . Tapi lately ni breast cepat betul full x sampai 2jam. So skng saya bagi baby minum dua2 side bagi sama rata. But sebelum tu saya marmet dulu kluarkan foremilk sikit sbb nak baby dapat hindmilk.
Berapa minit kene marmet?
saya rasa salah sbb dah direct feed pastu ada pam jgk. tu semua hantar signal kat otak baby perlukan susu lagi dan lagi.. maybe boleh teruskan macam biasa direct feed tu tp ubah cara pam.. try perlahankan pam kalau ada level @ kurangkan masa pam jgn pam sampai rasa ringan. tp saya lg suggest skrg ni masa puan rasa oversupply ni puan stop pam, tp blh guna tangan (marmet)
stop pam tp jangan stop susukan anak pulak.. kan puan nak betulkan takmau oversupply skrg ni.. hehe insyaallah selagi puan sihat minum makan cukup nutrisi, susu keluar selalu, tak drop la.. teruskan direct feed anak je..
sy pon masa pantang saya pam, sbb bb jaundice 2 minggu, mula2 pam mmg xbyk, selang bape mggu tu da jd 4oz, dan bila df bb kerap tsedak sbb susu byk, lepas abis pantang sy tak pam dah, sbb df lg mudah... puan slowly kurangkan pump,kerapkan df, nanti lama2 okay,pastu stop pump...kalau surirumah df shj lebih mudah... melainkan mmg nk ajr bb guna botol susu...
Pastu jadi okey balik dah lah ye lps stop pam tu? Takde dah lah oversupply?
supply awak dh terima signal lebih dr pada demand baby awak minum sebab tu terjadi oversupply. awak mmg ada pump semasa dlm pntg lg ke?
sy tengok dlm telegram LC puan nad masrom
bestnyee sis🥹
kita akan rasa best benda yg kita tak ada.. orang oversupply sbb tersilap pam lebih sgt ni menangis2 nk elok balik.. tidur pun trganggu dada sakit bengkak cepat sgt.. siang nk jln tak selesa bdn bergerak lebih sikit je habis baju basah, time menyusu anak plk anak mengamuk2 susu laju sgt lemas dia
Anonymous