Sekadar meluahkan..

Saya rasa saya dah kehilangan anak saya ketika kandungan saya baru sahaja nak masuk 6w.. bermula apabila saya rasa sakit perut seperti period pain pada minggu lepas, dan turun darah.. doktor diagnosed saya threatened miscarriage dan saya banyakkan rehat.. selama beberapa hari saya masih ada spotting berwarna coklat.. jadi pada ahad yang lalu saya telah ke klinik swasta dan tiada apa-apa pada imej ultrasound kecuali kantung yang bentuknya tidak cantik (menurut kata doktor) saya dapat duphaston untuk seminggu dan saya banyakkan rehat juga.. dan hari ini jam 3 petang, turun darah lagi sekali.. saya tak mampu lagi untuk fikir positif.. fikiran saya hanya ada "saya sudah kehilangan anak saya".. saya lebih kepada rasa bersalah terhadap suami saya yang sangat mengharapkan kehadiran bayi ini.. saya rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga bayi ini.. Sekarang saya hanya tunggu tarikh repeat scan.. walaupun saya sudah pasrah.. saya tetap nak tengok imej scan tu.. kalau betul dia sudah tiada lagi di rahim saya.. Semoga saya masih diberi kekuatan dan direzekikan kehadiran anak dalam hidup kami.. #firstmom

Sekadar meluahkan..
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya faham perasaan sis. Masa kandungan saya 8 minggu pon saya ada bleeding macam sis. Disebabkn saya lalai. Saya berlari dan berjalan cepat nak kejar masa. Saya lupa yg ada insan lain dalam perut saya. Lepas saya berehat saya dapat rasa air panas keluar dr bawah. Saya baru tersedar. Saya ambik masa untuk ke toilet sebab saya dh boleh jangka ada bleeding. Dalam hati saya kalu jd apa2 dgn baby memang semua salah saya. Dan betul ada bleeding. Saya menangis tak ingat dunia. Kawan saya terus hantar pergi klinik. Dr cakap baby okay. Dan dr suruh saya banyak rehat jgn banyak gerak. Alhamdulillah saya dah 39 weeks. Sis doa yg baik2 ya. Insyaallah semua baik2

Baca lagi